Thursday, June 2, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Ke-7 Tahun

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk aku meyambut ulangtahun ke 7 perkahwinan bersama-sama dengan isteri tersayang. Dalam sekelip mata je rasanya tup-tup dah masuk 7 tahun dah. Anakanda aku pun dah masuk 6 tahun tahun ni. Dah besar panjang budak ni! Hahahaha.

Pada tahun 2004, gambar klasik ni.


Kebetulan pula tarikh ulangtahun pada tahun ni jatuh pada waktu cuti sekolah, dan kebetulan juga aku ambik cuti seminggu selepas 2 minggu berkursus di PGA Ulu Kinta aritu. Jadi, maknanya dapatlah bersama-sama dengan mereka ni lama-lama sikit. 

3 minggu aku tinggalkan opis, lantaklah!.

Seperti biasa, kami tak sambut sangat event ni. Sekadar buat makan-makan simple-simple saja. Kali ni my wife nak buat kek cawan (cupcake). Aku sangat sokong ideanya sebab bukan aku yang akan buat. Hehehehe.. Tapi hasilnya memang sedap.. nyamm.. nyamm..

memang takde bakat langsung nak hias hidangan ni. :)
Akhir kata, doakanlah kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aminnnnnn.
Share: