Tuesday, July 12, 2011

'Bersih ' Pada Pandangan Aku..

Pada pandangan aku, panasnya isu Bersih 2.0 masih belum menghilang lagi. Sana sini semua orang bercerita pasal perhimpunan di KL kelmarin. Boleh kata, situasi tersebut turut mendapat liputan stesen penyiaran Al-Jazeera. Lemas rasanya bila bukak FB, semua orang sibuk menghentam orang lain. Yang kaki pembangkang sibuk menghentam kerajaan, yang kaki kerajaan pula asyik menghentam pihak pembangkang.  Cerita pasal anonymous pun baru je nak abis, dah muncul cerita baru pulak. Bila nak abis daa!

Pada pandangan aku, aku sukakan demokrasi, kerana pemerintah dipilih oleh rakyat. Andaikata seseorang calon itu mendapat majoriti undi maka dialah yang layak memerintah, walaupun undinya melebihi sekadar 1 undi sahaja. Aku juga suka pada pembangkang, kerana wujudnya pembangkang ini membolehkan kerajaan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakannya. Ini kerana mereka sedang diperhatikan. Pendek kata, mereka perlu puaskan hati semua orang supaya pembangkang ini tidak ada isu-isu yang boleh dibangkitkan.

Tapi itu bukan tujuan utama aku tulis entri ini.

Masalahnya utamanya ada disini, jumaat 8 julai lepas aku pulang ke Klang selepas habis kerja di Raub. Ini memang rutin biasa aku setiap hari jumaat. Masalah jem di KL ni memang dah biasa bagi aku. Tetapi jem kali ini agak spesel sikit, sebab aku tersangkut dalam jem lebih 3 jam. Perjalanan yang patutnya ambik masa 2 jam dah jadik 5 jam. Yang paling lama aku sangkut adalah di antara hentian rehat Gombak hingga ke Tol Gombak. Di situ jaraknya mungkin 1-2 km sahaja, tapi aku melekat disitu selama 3 jam. Kalaulah esoknya aku demam, memang aku tak akan maafkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam perhimpunan tu nanti. Terbaekkk!!

Polis buat sekatan di merata tempat, ini adalah kerana rentetan kepada perhimpunan haram yang bakal berlangsung esoknya iaitu sabtu 9 Julai 2011. Buang masa aku! Aku tak kisah kalau pihak pembangkang di nak menjatuhkan kerajaan sekalipun, tetapi buatlah dengan cara yang bersih. Buatlah melalui Pilihanraya Umum 2012 nanti, dan bukannya melalui perhimpunan haram macam ni.

Takpelah, nanti bila mulanya musim bola EPL nanti mungkin semua rakyat yang berlainan parti ni boleh duduk semeja menyokong pasukan bola faveret masing-masing. Aku yakin!
Share: