Friday, August 5, 2011

Laptop Compaq CQ20 Rosak.

Salam Ramadhan buat semua.

Buat pertama kalinya aku tak 'ON' laptop aku untuk tempoh seminggu. Terasuk hari entri ni dibuat dah masuk 5 Ramadhan pun. Bukan sebab aku sengaja tak mau 'ON'kan laptop tu, tapi aku terpaksa menghantarnya untuk dibaiki. Inverter untuk skrin laptop HP Compaq Presario CQ20 aku dah tak berfungsi. Tiap-tiap Ramadhan je mesti ada citer menarik aku nak bagitau, macam malam terawih Ramadhan tahun lepas la. Nak tau klik sini.
CQ20 (macam yang aku pakai)
 Petanda awal penyakit laptop aku ni bermula maybe 2-3 bulan lepas, kadang-kadang masa tengah sedap-sedap online tiba-tiba skrin aku jadi gelap, padahal enjin laptop masih running lagi. Skrin tu bukannya gelap terus, ia cuma malap aje. Sangat malap sehingga aku terpaksa menyengetkan laptop tu untuk nampak apa yang ada kat skrin tu. So, CPU OK, cuma skrin je dah KO.

Bagi yang dah expert pasal komponen komputer ni mungkin dah boleh agak apa masalah dia. Tapi pengetahuan aku ni memang loose sikit pasal komponen dalaman mesin komputer ni. Hahaha. Jadi aku pun 'off' dan 'on' balik la laptop tu (memang itu aje last solution yang aku harap-harap menjadik!)


Yang bestnya, memang lepas start balik laptop tu, skrin aku tu terus ok dah. Terang benderang macam takde masalah pun. So, aku assume lepas ni dah takde masalah dah lah. Hahahaha.


Malangnya, bermulanya 1 Ramadhan pada hari Isnin haritu laptop aku tu buat hal balik. Kali ni skrin dia gelap tak mau terang-terang balik. Restart la 7-8 kali pun memang cam tulah jugak rupenye.


Konfirm! skrin aku perlu dibaiki. Tapi ape benda yang nak dibaiki?


Lepas buat survey online, maka tahulah aku akan puncanya! Inverter untuk skrin dah rosak. Camna rupa Inverter tu? Nah.. Gambar sebelah tu aku pinjam kat google.


Benda kecik aje tu, tapi harga dia mau cecah RM3-4 ratus tuh. Tapi itu apa yang tokey kedai komputer tu bagitau kat aku, kalau dia tipu aku maknanya aku tipu korang lah ye. Tokey kedai tu pun tak mampu nak repair, takde material Inverter tu la katanya. Dia nak hantar ke KL untuk dibaiki, minggu depan baru ambik balik! Adoila..

Iye ke mahal sangat Inverter ni?



Share: