Monday, August 22, 2011

Puasa Di Jengka


Salam Ramadhan semua.

Bulan puasa pun semakin menuju ke penghujungnya. Macam-macam cerita pasal puasa kita boleh baca dari blog-blog kat internet ni. Mostly cerita pasal pengalaman masing-masing berpuasa la, anak baru belajar puasa la, kereta kena block kat masjid lah, balik kampung berbuka puasa lah, kena tangkap tak puasalah dan banyak lagi lah. Hahahaha!

kena lepas pintu gerbang ni dulu, baru bole masuk Jengka 2!

Hakikatnya, aku pun sama gak la, sebabnya haritu aku dan famili pun balik kampung jugak untuk berpuasa bersama mak dan bapak aku. Tahun ni aku akan beraya di rumah wife aku di Kampung Kundang, Banting dan lepas 3-4 hari raya nanti barulah aku balik ke rumah mak bapak aku kat Jengka 2, Bandar Tun Razak Jengka, Pahang.

Sempat jugak aku ke Bazar Ramadhan di Bandar Tun Razak Jengka ni, nama lama dia Bandar Pusat Jengka. Haritu PM Najib datang dan rasmikan nama ni. 

Bazar ni kalau tengok dari jauh memang dasat jugak la, sebab diorang semua ni bisnes bawah kanopi, kanopi besar tu!. Kebetulan pulak aku datang pada hari Sabtu, so bazar tu bersambung terus dengan pasar malam. Memang panjang berjela la jawabnya memenuhi jalanraya.
Sama aje kanopi semua kedai di bazar Ramadhan ni.
 Dalam kesesakan orang tu, wife aku terserempak dengan bekas pelajar S.M. Teknik Klang kat tengah-tengah bazar tu. Wife aku kan ke cikgu sekolah tu. Isk, Kecik betul  Malaysia ni.

Jengka 2 ni pun tak banyak yang berubah, selain daripada papan tanda sekolah aku yang dah upgrade sikit.

Sekolah aku selama 5 tahun (1991-1995)
Kebetulan, kat rumah aku tu pulak tengah musim rambutan gading. Hihihi... Bagi yang tak tahu, rambutan gading tu warnanya kuning. Buah-buahan lain semuanya belum masuk musim lagi. Bosan sikit la. Kalau ada durian gempak la sikit.

by the time raya nanti gerenti penuh menguning pokok ni.

Tapi tak kisah la, sebab aku dapat jugak balik kampung berpuasa dan berbuka puasa bersama dengan kedua orang tua aku, selagi mereka masih ada. Alhamdulillah.
Share: