Thursday, September 8, 2011

Oh! Syawal 1432H

Salam Aidilfitri buat semua.

Akhirnya termampu jugak aku untuk mengemaskini blog ni. Memang betullah kata orang, bila kita dah start tinggalkan berblogging ni memang agak susah nak start semula. Mood berblogging ni hilang dan senyap terus dari jiwa dan perasaan aku. Apatah lagi sepanjang Ramadhan yang lepas memang aku tak tumpukan sangat ke dunia blog ni. Aku lebih banyak melayari internet untuk tujuan yang lain, mostly Facebook. :)

famili kecilku

Syawal 1432 Hijrah pun dah masuk hari ke-10, rasanya masih sempat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sesiapa sahaja yang membaca tulisan aku ini. Aku pohon seribu kemaafan andaikata ada sesiapa yang tersinggung dengan tulisan aku di entri yang sebelum-sebelum ini. Semua itu bukanlah disengajakan. :)
serupa tak muka kitorang?
 Maaf Zahir dan Batin.

~tahun ni aku dan famili beraya di banting, tak sempat balik jengka... isk.. isk..~
Share: