Friday, October 28, 2011

Jom Santai - Elephant Sanctuary Kuala Gandah dan Deerland

Aku telah merancang untuk bercuti bersempena dengan Deepavali ni, sebab tu aku ambil cuti 2 hari (khamis dan jumaat) sebabnya aku dan famili bercadang nak ke Kuala Gandah Pahang tempat letaknya Pusat Koservasi Gajah dan juga Deerland (Taman Rusa). Dengan berbekal hanya kamera telefon, aku pun cubalah snap gambar yang temampu oleh telefon aku ni.

Bagi yang 1st time nak ke Kuala gandah ni, guide yang paling senang adalah dengan ikut Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Lanchang. Lepas bayar tol Lanchang ni korang akan jumpa papan tanda di atas.


Selepas 6 KM, dan selepas menempuh beberapa rumah orang asli, korang akan disambut dengan pintu masuk Elephant Sanctuary ni.
My son berposing di kaunter pendaftaran. Tiada yuran yang dikenakan untuk masuk kawasan ni. Ianya PERCUMA! tapi korang boleh buat bayaran ikut suka hati (derma) untuk tujuan senggaraan tempat ini. Apa salahnya kalau kita menderma sedikit kan. Banyak pahala!

Lepas pendaftaran aku dapat 2 pas warna merah dan kuning. Yang merah ni untuk sekadar melawat aja, tapi yang kuning tu korang boleh ikut aktiviti bersama gajah seperti mandi dan menunggang gajah. Pas kuning ni terhad kepada 100 pelawat yang terawal aja ye. Siapa cepat dia dapat.

Kitorang sampai kat tempat gajah tu awal pagi sebab nak ambik tiket awal. Tapi aktiviti bersama gajah akan bermula pada pukul 2 petang. So kitorang pun pergi ke Deerland dulu, jaraknya cuma 4 km sahaja dari tempat gajah ni.
Dalam Deerland ni selain ada rusa, ada juga haiwan lain macam ular, itik, arnab, burung kasuari dan beberapa jenis burung. Bergambar dengan ular ni satu kemestian kalau dah sampai ke sana ye. Sayangnya beruang dan landak yang sebelum ini ada telahpun di ambil balik oleh pihak Perhilitan. Rugi lah pulak!



 Bila dah selesai pusing-pusing kat Deerland ni, kitorang pun pergilah semula kat tempat gajah ni. Aktiviti gajah ni start waktu petang, tapi cuaca macam dah nak hujan pulak. Tapi orang makin ramai tu. Ramai pelancong luar negara yang datang ke sini jugak rupanya. So, tengok ajalah gambar apa yang sempat aku snap ni.

Gajah ni cacat, kaki depannya tiada kuku sebab kena perangkap semasa di hutan. Nama gajah ni Endang. 

Gajah yang ni baru balik dari hutan, sedang menuju ke sungai nak mandi. pastu baru boleh buat aktiviti bersama pengunjung. Wajib mandi tu, sebabnya penuh dengan lumpur tu nanti takde sapa nak naik plak.


Sesi mandi bersama-sama dengan baby-baby gajah yang comot baru keluar dari hutan.

Sebelum balik sempat gak la, my wife bergambar dengan gajah-gajah yang beru lepas mandi ni. Bagi yang belum pernah sampai, kat sini memang sesuai untuk beriadah dengan famili, sebab kos jimat. Masuk kan PERCUMA (derma jangan lupa)!.
Share: