Tuesday, October 4, 2011

Teringin Guna Windows Phone

Pada waktu sekarang ni smartphone daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy S II masih lagi mengungguli carta sebagai telefon terbaik di pasaran. Telefon ini menggunakan OS Android 2.3 yang pada pandangan aku memang terbaik buat masa ini. Aku dah tengok sendiri tahap ke'gaban'annya telefon SII ni. Manakala telefon yang menggunakan OS yang lain seperti iPhone dan juga Blackberry memang agak ketinggalan sedikit dari segi popularitinya.Tapi apa pula cerita dengan OS Windows Phone?


Aku sangat berminat dan juga teruja dengan OS Windows Phone keluaran Microsoft ni. Persaingan untuk memecah monopoli Android dan iOS di kalangan pembangun telefon pintar ni adalah satu benda yang positif. Terutamanya kepada pengguna. Aku yakin tak ramai yang tahu pasal Windows Phone ni. Aku pun sama jugak. Tapi aku suka mencuba sesuatu yang baru.

Telefon yang aku pakai sekarang ni adalah model Satio daripada Sony Ericsson. Telefon ni OSnya adalah Symbian S60 dan ini adalah telefon pertama daripada Sony Ericsson yang menggunakan OS ni. OS ni asalnya adalah popular digunakan oleh Nokia. Aku dah bosan dengan Symbian. Serius bosan.

Aku akan tukar ke Windows Phone ni satu hari nanti. Tak kisahlah apa brand sekalipun HTC ke, Acer ke, Nokia ke yang penting ianya Windows Phone. Tapi bukan sekaranglah sebab harganya pun pasti beribu-ribu RM. Hehehe.

Good bye Symbian.

Share: