Tuesday, October 25, 2011

Tips Blogging - Panduan letak komen

Sudah kerap kali aku terjumpa dengan tips-tips yang diberikan oleh sahabat blogger berkaitan hal-hal berblogging ini. Macam-macam nasihat dan petua yang bagus-bagus yang aku dapat. Terima kasih pada semua yang rajin membuat entri sebegini. 




Mungkin niat mereka memang ikhlas untuk membantu blogger yang baru seperti saya, malah ada juga yang membuat entri ni semata-mata untuk menarik trafik ke blog mereka. Aku tahu, sebab aku dah jumpa banyak blog-blog yang guna taktik macam ni.

Aku pun tak layak nak bagi tips-tips hebat macam mereka ni, tapi daripada pengalaman aku yang sedikit ini aku nak kongsi lah dengan semua tentang tabiat meletakkan komen yang sepatutnya kita contohi.

Tips No. 1
Kalau nak tinggalkan komen, letaklah komen yang mendorong penulis blog tersebut untuk membalasnya. Bukan sekadar meletak komen seperti 'nice sharing' ataupun 'bagus blog ni'. Sebabnya komen tersebut nampak seperti kita tak membaca langsung entri yang ditulis oleh pemilik blog tersebut.

Tips No. 2 
Pastikan komen yang kita tinggalkan tu boleh dibaca dan difahami oleh semua. Janganlah dek kerana nak marathon komen sampai seratus blog satu malam, sehinggakan komen yang kita letak tu penuh dengan salah ejaan dan memeningkan kepala. Komen tersebut nampak seperti tidak ikhlas.

Tips No. 3 
Jangan guna bahasa SMS. Ruangan komen ni kan luas, tak perlu guna bahasa SMS yang ringkas tu sebab ianya sangatlah annoying. Jangan berkira sangat untuk tulis ayat yang penuh. Tulisan yang ranggi seperti 'x aderr', 'ileklar bro' ataupun 'aq malehh arr' patut dielakkan kerana nampak childish sangat. Sayangi bahasa Malaysia.

Itu sahaja pandangan aku, bukan niat nak menunjuk pandai. Tetapi cuma mahu berkongsi pengalaman sahaja. Harap dapatlah tunjuk ajar daripada blogger yang bijaksana di luar sana. Anda tahu siapa anda. :)
Share: