Monday, October 17, 2011

Tips Diet - Makanan yang dihadam dengan pantas

Kali ini aku mahu kongsikan bersama sedikit pengetahuan yang aku dapat selepas membuat sedikit bacaan berkaitan sistem penghadaman manusia. Kalau dalam proses diet ni memang wajib kena tahu jenis makanan yang boleh dihadam dengan cepat oleh perut kita. 

Makanan segera macam McDonal, Pizza Hut., mee  segera ataupun ayam KFC dan beberapa jenis lagi adalah merupakan pantang besar dalam berdiet. Sebabnya makanan macam ni adalah yang paling lambat sekali di hadam oleh perut kita. Ini adalah sambunga entri yang lepas berkaitan makanan segera ni tak elok dibuat makan malam. bagi orang yang berdiet. Kalau  lambat hadam, tu yang perut boroi tuh. 


Tapi tak ramai yang berminat maklumat-maklumat macam ni sebab ianya  memang bosan. Tapi aku tak kisah sebab aku tau ada juga yang akan baca sebab mereka nak tahu jenis makanan yang boleh dihadam dengan cepat.

Tembikai.
Tembikai haruslah dimakan TIDAK bersama-sama dengan makanan yang lain. Ianya mempunyai kandungan air yang banyak dan tidak sepatutnya di makan selepas mengambil makanan yang lain.

Epal.
Berbanding dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran lain, epal mengandungi jumlah vitamin C yang sangat rendah, tetapi adalah sumber yang kaya dengan sebatian antioksidan lain seperti  kandungan fiber, yang juga boleh membantu dengan penyakit jantungberat badan, dan mengawal kolesterol.

Oren.  
Ramai pengamal diet telah menggunakan oren sebagai satu cara untuk membersihkan badan mereka. Menurut Dr William Howard Hay, jus oren adalah salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan toksin di dalam badan.


Susu.
Susu mengandungi lemak tepu, protein, kalsium dan juga vitamin C.

Makanan Gabungan.  
Buah-buahan masam tidak boleh dimakan dengan buah-buahan manis. Jadi, jangan makan pisang dan limau bersama-sama. Makan pisang dan kemudian setengah jam kemudian, makan oren. Jangan campurkan protein dengan karbohidrat. Jangan makan daging bersama nasi, tetapi makan daging dengan sayur-sayuran. Makan nasi dengan sayur-sayuran, dan seeloknya jangan makan nasi dan kentang dalam hidangan yang sama. (yang ini aku akan buat entri berasingan)

~sumber kesihatan adalah dipetik daripada www.mademan.com
Share: