Tuesday, October 11, 2011

Tips Diet - Pentingnya Makan Malam Awal

Salam semua.

Setahu aku salah satu cara untuk mengurangkan berat badan adalah melalui diet. Diet ni nampak macam senang je, walhal nak melaksanakannya memang tersangatlah susahnya disebabkan dugaan yang melampau-lampau hebatnya. 

Diet ni pulak tak semestinya bermakna kita langsung tak boleh makan makanan feveret kita, cuma kita perlu tau tips-tips yang betul dalam ber'diet' ni terutamanya berkaitan makan malam.Tambahan pula bagi kebanyakan orang di Malaysia ni waktu makan malam mereka biasanya adalah dalam pukul 8-9 malam. Yang terlajak sambung makan kat kedai mamak lepas pukul 10 malam pun ada jugak.
Its what you eat that matters more than when you eat

Okeh, daripada apa yang aku faham, kita digalakkan supaya mengambil makan malam sebelum pukul 7 malam, dan seterusnya tidur pada pukul 11 malam. Ini adalah sebab proses menghadam sepenuhnya makanan yang dimasak akan ambil masa 3-4 jam dan pukul 11 malam tu adalah masa yang dikira paling sesuai untuk tidur. 

Jangan sesekali kita tidur dengan perut yang penuh sebabnya, tidur kita akan terganggu dek kerana badan kita akan bekerja keras menghadam makanan ini. Ini membuat badan kita rasa lemah ataupun LETHARGY pada pagi esoknya. Proses tidur ini memerlukan sebanyak 600 kalori daripada badan kita. Kalau kalori banyak diguna untuk hadam makanan, maknanya sikit je lah kalori untuk proses tidur tu. Itulah sebab penat je keesokannya.
(lethargy =  usually associated with physical and/or mental weakness)
 Tapi kalau kita makan yogurt, salad atau makanan yang sama jenis dengannya, proses menghadam makanan ini cuma lebih kurang 30 minit saja dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang suka makan malam lewat.

Kesimpulan tips diet:
  1. Makan malam sebelum pukul 7 malam.
  2. Tunggu selepas 3-4 jam baru boleh masuk tidur.
  3. Kalau terpaksa makan malam lewat, ambil makanan yang hadam cepat seperti salad, yogurt, susu dan buah-buahan.
Sekian untuk info semua. Makluman ini telah diringkaskan daripada beberapa sumber di internet.
Share: