Friday, October 7, 2011

Ulser Mulut a.k.a Mata Ikan

Ulser mulut atau lebih dikenali dengan nama 'mata ikan' ni memang akan berlaku pada kita semua sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ianya bukanlah sejenis penyakit berjangkit dan tidaklah kritikal sampai perlu naik ambulans pergi hospital. Cuma rasanya ini first time aku kena 'mata ikan' ni. Sebelum ini yang paling kerap kena adalah wife aku. Memang aku tak ambil kisah sangat sebab aku yakin yang aku tak akan kena (konfiden like hell) walhal bila batang hidung sendiri dah kena baru tahu betapa azabnya bila mendapat ulser mulut ni.Ulser mulut yang aku kena ni berada di kawasan dalam bibir bawah yang bersentuhan dengan gusi gigi hadapan. Boleh bayangkan?


Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut adalah luka di dalam mulut yang berwarna putin atau kuning yang dikelilingi warna merah dan ianya menyakitkan.
Selepas aku membuat research berkaitan ulser mulut ni, aku dapati beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya ulser ini iaitu.
  1. Stress.
  2. Alahan.
  3. Jangkitan.
  4. Kekurangan zat makanan.
  5. Radioterapi.
  6. Kimoterapi.
  7. Kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
Tanda-tanda/simptom ulser mulut adalah:
  1. Rasa pedih dalam mulut.
  2. Kesakitan.
  3. Tidak selesa.
  4. Hilang selera makan.
  5. Demam
~sumber infosihat.gov.my~

Aku harap ulser mulut yang aku hadapi ni berlarutan selama 2-3 hari sahaja. Aku tak sanggup nak merana lama-lama. Tambahan pulak sekarang ni aku tengah mengidap selsema yang cukup merimaskan hidup aku. Hidung ni asyik berair sepanjang masa. Susah juga nak bergerak sana-sini, sebab asyik sroottt.. srottt! aje. Wakakakaka.

Dan selepas mengumpul beberapa info pasal cara merawat ulser mulu a.ka. mata ikan ni, aku membuat kesimpulan bahawa antara cara-cara mengubatinya adalah:
  1. Gunakan pencuci antiseptik mulut.
  2. Sapu ubat ulser mulut seperti gel (Bonjela).
  3. Makan makanan lembut.
  4. Banyakkan minum air.
  5. Elakkan makan panas dan pedas.

Gel mulut Bonjela
 Dan sekiranya berlarutan sampai 2-3 minggu maka wajiblah aku pergi jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya (tu yang malas tuh).

Sekian dulu, wish me well. :)
Share: