Tuesday, November 22, 2011

Apa masalahnya kalau kita terlalu jujur

Tak salah kalau kita menjadi jujur. Tak kira samada dalam kehidupan seharian ataupun melalui penulisan blogging. Cuma masalahnya disini, jika melalui penulisan sesiapa sahaja boleh menuliskan apa sahaja tanpa rasa takut ianya melukai hati pembaca. 

Tetapi jika melalui percakapan seharian, tak semua orang bercakap sejujurnya. Kadang-kadang kita risau apa yang nak diperkatakan akan membuat orang lain marah. Bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. 


Oleh itu biar saya kongsikan apa yang bakal berlaku kalau kita terlalu jujur dalam hidup.

#1 ADA YANG TIDAK SUKA BERCAKAP DENGAN KITA

Kejujurang yang tanpa batasan bermakna kita akan bercakap tanpa selindung-selindung dan tiada tapis-tapis. Biasanya kebenaran itu pahit, dan tak ramai yang suka telan kepahitan. Sebab itulah ramai yang akan mengelak dari bercakap dengan kita.

#2 ADA YANG INGAT KITA NI 'BUANG TEBIAT' NAK MATI

Kejujuran semasa berblogging kadang-kadang boleh menimbulkan tanda tanya berkenaan tahap kewarasan penulisnya.


#3 ADA YANG FIKIR KITA KURANG WARAS

Bentuk penulisan yang terlalu jujur biasanya cenderung memberikan ulasan-ulasan yang tidak masuk akal. Walaupun berita yang ditulis itu memang cerita asli, namun tak ramai yang mempunyai tahap penerimaan yang universal. Ramai yang fikir penulisan blog kita berat sebelah.

#4 ADA YANG TAKUT DENGAN KITA

Takut ini bermakna mereka yang berurusan dengan kita akan lebih berhati-hati dalam segala bentuk tindakan dan percakapan. Orang sebegini tidak suka ditegur secara jujur dan pasti mengelakkan diri dengan kita. Terutamanya bila berurusan dengan ramai orang dalam satu-satu masa.

#5 ADA YANG FIKIR KITA INI MENYERONOKKAN

Andai ada 10 orang yang bercakap bohong dengan boss untuk mengambil hati, dan hanya kita yang bercakap jujur tentang apa-apa perkara, pastinya orang lain akan rasa yang kita ini sangat menarik dan tidak membosankan kerana berani bersikap berterus terang ini.

 
#6 ADA YANG AKAN MAHU NASIHAT KITA

Ada yang akan datang meminta nasihat dan pandangan. Bukan kerana mereka ini mahu dengar nasihat yang positif sahaja, malah mereka tahu sikap jujur kita ini akan memberikan nasihat yang paling telus dan berterus terang walaupun pandangan kita negatif.

#7 KITA JADI BEBAS

Menyimpan perasaan biasanya buat kita jadi tak tentu arah. Adakalanya juga membuat kita jadi pasif dan takut dengan semua perkara. Kalau jujur dan telus, lapang jiwa rasanya jika dapat meluahkan apa yang selama ini terpendam sahaja.

Apapun kesannya, secara jujur saya benci dengan sikap penyokong bola sepak Indonesia. 90% perangainya kebudak-budakkan. Tahniah Team Malaysia B-23.
Share: