Tuesday, November 8, 2011

Esok hari raya, hari ini kena sengat tebuan

Apa lagi yang boleh dikatakan, memang dah takdir dan suratan buat my son Aliff yang disengat tebuan sehari sebelum Aidiladha yang lepas.



Entah dari mana datangnya tebuan tu pun saya tak tahu, tapi semasa si Aliff ni tengah sibuk berlatih Taekwondo bersama dengan kawan-kawan dia tiba-tiba terbang seekor tebuan ni terus hinggap dan sengat kat tepi mata aliff. Saya tiada di tempat kejadian tu, so saksi yang ada cuma kawan-kawan dan Master Taekwondo si Aliff ni sahaja. 

Tambahan pula, Aliff ni tengah sakit mata. Biasalah kan, kalau budak-budak kena sakit mata ni memang penuh kat mata dia taik mata waktu bangun tidur. Maknanya ini dah jadi perumpamaan 'sudah jatuh ditimpa tangga'lah.

Pagi sebelum berlatih Taekwondo tu, saya dan bawa Aliff ke klinik untuk rawatan sakit mata tu. Tapi tak sangka pulak selepas sejam balik dari klinik, dah kena pergi semula ke klinik yang sama tadi tapi kali ni sebab kena sengat tebuan.

So, ubat yang doktor bagi adalah ubat tahan gatal, ubat bengkak dan juga ubat sapu. Bengkak kerana sengat tebuan ni bukannya hilang sehari dua. 3-4 hari baru hilang sepenuhnya. Ini bermakna pagi raya Aidiladha ni Aliff berayadi kampung dengan muka yang bengkak dan sepet kedua-dua matanya.

Walaupun hampir sepet dua-dua mata, Alif tetap gembira
Walaupun masih sepet matanya, kami sekeluarga tak lepas peluang mandi laut di Pantai Bagan Lalang. Almaklumlah jarak rumah kampung ni dengan pantai ni dalam 20 minit saja. At least, my son is happy.


Saya masih lagi konfius, samada serangga yang sengat my son ini tebuan atau penyengat?
Share: