Thursday, November 17, 2011

Jangan peduli apa orang lain fikirkan

Salah satu artikel yang saya terbaca hari ini adalah berkaitan dengan tips-tips mengekalkan pembaca di blog kita. Sangat menarik, dan juga sangat logik setiap isi-isi yang disampaikan. Selesai membaca artikel tersebut saya terasa seperti sangat terangsang untuk menerbitkan banyak lagi entri-entri selepas ini.

Salah satu tips menulis entri yang paling menarik berbunyi seperti ini :
Jangan peduli apa yang orang lain fikirkan, kerana dengan berfikir seperti ini entri yang anda buat kelihatan sangat formal dan terlalu berhati-hati. Formal bererti bosan.

Jangan lupa, entri yang kita buat adalah untuk dibaca oleh ramai orang. Jika takutkan apa yang orang lain fikirkan anda sebenarnya menapis entri sendiri, ini juga bermakna anda menapis pembaca-pembaca blog sendiri. Pembaca lebih suka untuk tahu siapa anda, jadi menulislah dengan jujur.
 Jujur itu bagus, tetapi biar jangan sampai menghina perasaan orang lain.
Share: