Thursday, November 24, 2011

Mengarang artikel bukan senang

Blogger perlu idea untuk menulis entri. Entri yang panjang tidak semestinya menarik, dan yang pendek tak semestinya membosankan. Jadi, untuk dapatkan entri yang menarik perlu ada idea yang kreatif. Kreatif boleh menukarkan cerita yang bosan menjadi menyeronokkan.


Cerita klasik dulu-dulu seperti sang arnab dan kura-kura sebenarnya amat pendek durasinya. Tetapi disebabkan cara penyampaian dan emosi yang ditambah-tambah, membuatkan cerita tu seperti sangat lama dan panjang. Dan yang paling penting, tidak ada satu bahagian pun di dalam cerita itu yang tidak penting.

Bagaimana menjadikan sesuati entri itu menarik bergantung kepada banyak perkara. Sebagai panduan  mengarang diberikan sedikit contohnya.

  • Tulislah apa sahaja yang anda suka. Kemudiannya cuba buang perenggan pertama dan perenggan terakhir artikel tersebut. Baca semula dan 'publish'.
  • Jangan jadi robotik. Robot tidak bersimpati dengan manusia dan kita bukan robot. Jadi, wujudkan hubungan anda dengan pembaca diluar melaui penulisan. Wujudkan emosi yang tiada pada robot.
  • Jangan minta izin. Elakkan meletakkan ayat seperti 'pada pandangan saya' kerana kita tahu ianya memang pandangan anda. Blog anda bermakna ianya pandangan anda, mudah.
  • Perbanyakkan menulis artikel. Selepas 40 atau 50 artikel, tengok semula artikel pertama anda, dan anda akan tahu betapa ringkasnya artikel anda itu.
  • Minum kopi.
  • Tiada hukum fizik digunakan dalam mengarang artikel. Semuanya adalah abjad dan sedikit nombor sahaja. Abaikan perasaan yang mengatakan ayat artikel anda sukar difahami. Pembaca yang akan baca, biarkan mereka fahami sendiri.
  • Berterus terang. Tuliskan artikel yang tak ramai sanggup menulisnya. Mereka mungkin benci artikel anda, tapi pasti ada yang suka. Percayalah, orang akan suka pada artikel yang bertus terang.
  • Jangan peduli apa orang lain fikir. Sama macam entri yang sebelum ini.
  • Simpan artikel dan jangan 'publish'. Buat apa sahaja aktiviti selain melayari internet. Selepas itu, kembali pada artikel dan sambung entri semula.
  • Edit entri selepas 'publish'. Tiada siapa akan marah anda jika anda edit sebanyak mana pun artikel anda. Baca entri yang sudah di'publish' mendorong otak mencari kesalahan dan pembetulan.
 Saya juga terbiasa melepaskan entri yang tidak menarik, bosan dan tidak bermakna pada sesiapa. Selepas ini mungkin tidak lagi.
Share: