Sunday, December 4, 2011

Berurusan dengan 'Haters'

Dalam tempoh berblogging sebegitu lama, pastinya sudah ramai pengikut dan pembaca setia blog masing-masing. Sayangnya, wujud pula golongan 'Haters' yang acapkali memberikan komen-komen negatif, buruk sangka, malah menghina kepada para blogger. Adat manusia di dunia, dengki-mendengki pasti wujud di kalangan manusia di luar sana. Apatah lagi dengan penggunaan 'anonymous' menggalakkan lagi para 'haters' bertindak aktif.

'Haters' bertindak sebagai penjatuh moral seseorang. Selagi dilayan, semakin hebat kesan 'haters' ini. Sebagai panduan sahaja, boleh cuba langkah-langkah sebegini.
  • Abaikan para 'haters' ini. Mereka tidak berfungsi secara positif. Bakteria pun ada yang baik dan jahat tetapi mereka ini semuanya jahat.
  • Jangan difikirkan langsung tentang mereka ini. Biarkan mereka bahagia dengan dunia mereka.
  • Jangan mulakan komunikasi dengan mereka. Mereka akan berasa seperti telah dapat perhatian dari kita. Mereka tak perlukan apa-apa daripada kita.
  • Jangan menjawab apa-apa soalan mereka. Jawab soalan dari mereka yang benar-benar mahu bertanya sahaja. Soalan dari 'haters' hanyalah untuk tarik perhatian sahaja.
  • Jangan nasihatkan mereka. Tindakan memberi nasihat ini sangat membazirkan masa. Mereka tidak akan dengar nasihat dari kita. Tulislah apa sahaja pun, hatta berpandukan apa sahaja sekalipun mereka tetap akan degil.
  • Jangan umpat pasal mereka. Mengumpat itu berdosa. Mudah.
  • YANG PALING PENTING: JANGAN TERSINGGUNG DENGAN TINDAKAN MEREKA.
Saya percaya, kita TIDAK AKAN dapat menjadikan 'haters' ini sebagai kawan. Tujuan hidup mereka memang untuk membenci. Andainya kita berasa kecewa dengan komen dan kutukan mereka membuktikan mereka telah berjaya mengganggu kita.

Susah juga hendak mengabaikan para 'haters' ini, sama juga seperti mereka yang susah hendak mengabaikan para blogger ini.

Haters will always be Haters.
Share: