Sunday, December 4, 2011

Entri ke-100

Setelah sekian lama akhirnya entri kali ini mencecah bilangan ke-100. Ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan, kerana selama lebih daripada 3 tahun berblogging baru kali ini tercapai jumlah ini. Lagipun saya bukanlah jenis yang komited 100% kepada dunia blogging ini.



Dibandingkan dengan blog-blog di luar sana, ada yang sudah pun masuk entri ke-100 hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Memang saya 'respek' dan kagum pada semangat dan tahap komitmen sebegini. 

Bila difikirkan semula, Entri Pertama saya di blog ini lahir pada Mac 2009. Terasa sungguh lucu dengan penampilan dan gaya penulisan. Saya tidak akan edit entri tersebut, biarkan sahaja sebegitu rupa supaya mengingatkan betapa naifnya saya pada waktu itu.

Walaupun sudah masuk entri ke-100, saya masih tercari-cari identiti untuk blog ini. Seribu jenis idea dan pandangan sudah saya fikirkan. Saya hampir-hampir buntu.  Oleh itu, besarlah harapan saya supaya anda yang baca entri ini dapat memberikan sedikit ulasan, komen dan apa juga cadangan untuk menaikkan kualiti blog ini.

Maaf, tiada hadiah ataupun 'giveaway' yang dapat saya berikan. Cuma jutaan terima kasih dan penghargaan yang termampu saya beri.
Share: