Monday, December 19, 2011

Marah bukan penyelesaian

Kadang-kadang ada masanya saya tak dapat mengawal kemarahan. Ini boleh berlaku apabila rasa geram dan pedih di dalam hati itu diluahkan dengan perkataan ataupun perbuataan. Disinilah waktunya nafsu mengawal akal. Apabila nafsu lebih berkuasa maka syaitanlah pendorongnya.



Apabila sedang marah juga, banyak perkara yang diluar jangka boleh berlaku. Samada secara sedar ataupun tidak sedar. 

Antara simptom bagi mereka yang sedang marah-marah ini, tindakan mereka boleh diperhatikan seperti berikut:

  1. Bersifat dendam. Orang macam ni sukar untuk memafkan dan sukar untuk melupakan. Dia akan selalu menungkit kisah dilam yang menjadi punca dendam tersebut.
  2. Ketidak-adilan. Mereka akan suka menuduh orang lain di atas kesalahan sendiri. Perasaan pedih di hatinya dikatakan berpunca daripada orang lain.
  3. Sikap membuli. Yang ini lebih senang dikenalpasti. Contohnya jika berlaku perlanggaran kereta di jalanraya. Pemandu yang marah akan menuduh pemandu yang lain sebagai punca kemalangan itu, dan mula bersikap agresif seperti menolak dan menjerit.
  4. Bersikap sombong. Boleh dikenalpasti pada kaum perempuan yang emosi ketika datang bulan @ 'period'. Mereka bukannya sombong, cuma raut muka dan tindakan sahaja yang berlainan.

Bagaimana mengawal rasa marah?

Perasaan marah ini boleh dilepaskan dengan cara yang betul. Bagi yang beragama Islam cara paling mudah adalah dengan mengambil wudu'. 

Tapi tidak semua keadaan boleh diselesaikan dengan berwudu'. Contohnya ketika bermain bola sepak, perasaan marah kalau kaki kita dibentes pihak lawan. Mana sempat nak ambil wudu' kan? jadi mereka akan melepaskan rasa marah melalui perbuatan. Kalau terlalu marah mungkin melibatkan pergaduhan, disinilah fungsinya pengadil perlawanan untuk mengawal suasana.

Ketika marah juga, adrenalin kita akan membuak-buak. Waktu inilah rasa penat dan sakit pun hilang dek kerana adrenalin kemarahan itu. Kawallah adrenalin kita, jika tidak syaitan akan mengawalnya untuk kita.
Share: