Monday, December 19, 2011

Tukar hobi dan minat yang baru

Hobi yang sama kadang-kala membosankan juga. 

Saya memiliki hobi bersukan. Tak kira samada di padang ataupun sekadar berjogging di sekitar kawasan rumah, asalkan hobi saya ini mengeluarkan peluh. Tak semua lelaki di luar sana ada hobi macam saya kerana kemahuan dan minat masing-masing adalah berbeza.

Kalau melihatkan kaum perempuan ini pula, kebiasaannya saya perhatikan mereka punyai hobi dan minat yang hampir serupa dan kebanyakannya sama. Mungkin bukan 100% tetapi dalam 10 perempuan yang saya kenali 5 daripada mereka ada hobi dan minat yang sama.


Hobi dan minat seperti mengait, menjahit, bercucuk tanam, memasak dan juga jahitan manik sudah sinonim dengan mereka iaitu kaum perempuan. Hobi mereka yang terbaru termasuklah berblogging.

Hobi sebegini dipelopori kaum hawa bukan kerana mereka berbakat dan kaum lelaki tidak. Cuma kaum lelaki ini tidak gemar kepada situasi hobi yang tidak mencabar, dan mereka lebih gemar kepada aktiviti di luar rumah.

Pernahkah terfikir jika kaum lelaki ini mencuba hobi baru seperti mengait? ataupun menjahit? ataupun juga jahitan manik? manalah tahu ada juga bakat yang sebenarnya ada pada kaum lelaki ini boleh ditimbulkan. Contohnya pereka kasut terkenal dari Malaysia iaitu Jimmy Choo. Kenal kan?

Jimmy Choo berasal dari Pulau Pinang

 Hobi kaum perempuan ini kalau di fikirkan boleh memberikan sumber pendapatan juga sebenarnya.Sama seperti aktiviti memasak juga, kaum perempuan memonopoli hobi ini tetapi tukang masak terbaik dunia tetap milik kaum lelaki! Kaum wanita pula boleh mencuba hobi seperti bermain futsal, basuh kereta, bermain badminton, 'wall climbing', bermotorsikal besar, dan banyak lagi. 

Saya terasa seperti mahu belajar sesuatu daripada isteri pula. Blog si isteri ada di aperciter.blogspot.com


Share: