Tuesday, December 18, 2012

Senarai Litar dan Pelumba MotoGP 2013

Entri yang lepas berkisar pasal pelumba nombor 63 iaitu Zulfahmi yang bersaing dalam Moto GP kategori Moto3, dan harap-harap nasib baiknya tahun ini terus menerus sampai tahun depan.

Kali ini, kalendar rasmi perlumbaan MotoGP untuk tahun 2013 sudah pun dikeluarkan oleh pihak pengelola kejohanan iaitu FIM.

Untuk tahun 2013, jumlah litar yang akan digunakan adalah sebanyak 18 litar dan ianya masih sama seperti yang dijalankan pada tahun ini. 

Pelumba MotoGP tempatan bolehlah menabung mulai sekarang jika nak tengok MotoGP di Sepang nanti, sebabnya jadual perlumbaan adalah pada 13 Oktober 2013. Banyak masa lagi, jadi simpan duit mulai sekarang.


Share:

Thursday, December 6, 2012

Sokonglah anak tempatan di Sirkit Motogp

Dalam tahun ni aku dapati nama Zulfahmi Khairuddin ni naik memuncak dek kerana kemenangannya di tempat kedua dalam kategori Moto3 semasa Grand Prix Motogp di Malaysia yang lepas. Sebelum tu takde siapa pun sibuk nak cerita pasal dia ni.



Aku bangga kerana dia ni rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Umurnya pun baru 21 tahun. Berapa ramai sangatlah anak tempatan yang boleh berjaya di dalam sukan permotoran peringkat antarabangsa macam dia ni. Yang merempit tu lain cerita, cerita mat rempit tak layak masuk blog aku ni.

Dapat tempat ke-3 di Sirkit Valencia

Dalam sejuta pun mungkin baru ada satu.
Share:

Sunday, December 2, 2012

Waktu untuk naikkan prestasi kerja

Memang sudah jadi adat di Malaysia ini, kebanyakan kakitangan kerajaan akan mula menjadi sibuk apabila masuk waktu hujung-hujung tahun macam sekarang ni. Bukannya mereka ni tak sibuk sebelum ni, cuma mungkin sebelum ni kesibukan mereka bekerja tidak dipandang orang. Sebab apa?

Tapi kali ini aku yakin mereka semua pasti mahu kesibukan mereka ini dipandang orang termasuklah aku  sendiri kerana pada kefahaman diorang ni 'sibuk = rajin' dan 'rajin = prestasi bagus'.


Share:

Wednesday, November 21, 2012

Berkhatan beramai-beramai di Kg Kundang

10 Nov yang lepas adalah hari yang sangat bersejarah buat anak lelakiku. Nampaknya dia sudah bersedia untuk dikhatankan, atau dalam bahasa kampungnya 'disunatkan'. Kebetulan pula memang ada program berkhatan beramai-ramai dijalankan di kampung neneknya di Kg Kundang, Banting. Program ini pula dijalankan hanya 2 tahun sekali. 


Walaupun baru berusia 7 tahun, dia sudah berani dan tidak teragak-agak untuk merelakan dirinya dikhatankan, tidak ada paksaan pun dari kami mak-bapaknya.

Share:

Wednesday, November 14, 2012

Bengang dek kerana MUET

Aku sepatutnya hadir untuk ambil exam MUET pada bulan Oktober yang lepas. Tapi sayangnya waktu tu aku sedang mengikuti kursus kepolisan di Segamat, Johor. Maka secara automatik aku terpaksa lepaskan exam itu walaupun pada dasarnya aku dah pun bayar RM100 untuk No. Pin MEC untuk pendaftaran peperiksaan MUET secara online.



Redha, itu sahaja yang aku mampu buat dan mungkin memang bukan rezeki aku untuk ambil exam MUET buat masa ini. Dan yang lebih ironik, kawan seofis aku yang turut daftar untuk exam MUET itu turut tak dapat ambil exam dek kerana tersasul tak ingat tarikh hari peperiksaan. Nasib kita memang malang.

Share:

Friday, November 9, 2012

Borang Sumbangan RM1000 Veteran ATM Tidak Berpencen

Salam semua. 

Aku adalah merupakan salah seorang manusia yang sangat gembira dengan pembentangan Bajet 2013 oleh PM Najib pada bulan yang lalu. Bukan sahaja aku salah seorang yang dapat bonus tahunan sebanyak sebulan setengah, malah aku juga salah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk terima sumbangan RM100 bagi veteran ATM yang tidak berpencen.


Dan untuk aku dapat sumbangan itu, aku perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan bekas tentera ini. Kalau tak daftar, maka lupakanlah sumbangan RM1000 itu. Tarikh tutup pula adalah sebelum 31 Dis 2012. Aku ada tempoh lagi sebulan untuk selesaikan hal pendaftaran ini.

Share:

Tuesday, November 6, 2012

Smart Camera Samsung NX1000

Hari ini aku telah berjaya memiliki sebuah kamera daripada jenama Samsung iaitu model NX1000. Walaupun pada asalnya aku berhajat untuk beli kamera DSLR sahaja, tetapi entah kenapa akhirnya aku terpengaruh untuk membeli si kompak NX1000 ni. 



Sedangkan harga kamera Samsung NX100 ni lebih kurang sama sahaja dengan beberapa buah DSLR yang ada di kedai Seng Heng ni. Mungkin kerana ia sebenarnya sebuah kamera kompak 20.3 megapixel yang ada 'adjustable lens' yang buat aku sangat tertarik kepadanya. Ala-ala DSLR la juga!

Share:

Sunday, November 4, 2012

Kembali Berblogging

Nampaknya 3 bulan berlalu tanpa sebarang entri yang terbaharu. Last entri yang aku buat adalah pada bulan Ogos yang lepas, itupun sebelum raya puasa. Tapi aku tak update blog bersebab, bukan suka-suka.

Sebenarnya pihak tempat kerja hantar aku pergi kursus selama 2 bulan di Pulapol Segamat di Johor. Kursus yang aku ikut ni adalah kursus asas Polis Bantuan. Maka dalam tempoh 2 bulan latihan tu memang lupakan sekejap la semua aktiviti rutin yang selalu aku buat tu, termasuklah berblogging. Lagipun, telefon dan komputer adalah barang larangan, jadi memang tiada harapan langsunglah nak ber'online'.


Share:

Monday, August 13, 2012

Belanja > Pendapatan = Bebal

Salam 24 Ramadhan.

Kali ini aku nak berkongsi berkaitan dengan trend budak-budak muda yang semakin kemaruk nak pakai gajet-gajet canggih dan up-to-date tapi gaji ciput. 

Kalau sebut nama produk Samsung, ramai la yang terbayangkan telefon Samsung S2, Tablet, Galaxy Note dan macam-macam keluarga Galaxy lagi yang bersepah-sepah kat pasaran sekarang. Mungkin dalam kotak pemikiran mereka ni kalau sesiapa yang guna gajet ni memanglah akan nampak macam sangat-sangat cool dan sangat-sangat 'geek'. 

Tapi kalau sekadar guna untuk hantar sms, buat call dan ambil gambar, telefon Sony Ericsson aku yang dah usang tu pun boleh buat semua benda tu.
Share:

Wednesday, August 8, 2012

Monday, August 6, 2012

Kod QR

Apa itu Kod QR

Kod QR bermaksud Kod Quick Response dan ianya adalah 'barcode' yang menghubungkan kita dengan mana-mana 'links' seperti laman web, emel, nombor telefon, Facebook Pages, Twitter dan sebagainya.



Disebabkan sekarang ini sudah ramai pengguna 'smartphone' maka Kod QR ini adalah cara paling mudah dan berkesan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan atau menyampaikan maklumat dengan cepat dan efisien.

Bagaimana Nak Imbas Kod QR?

Bagi pengguna 'smartphone' ada banyak program yang ada untuk mengimbas 'barcode' ini. Dan kebanyakan program ini adalah percuma. 

Bagi pengguna Windows Phone macam aku ni, kalian boleh guna QR Code Reader ni. Untuk pengguna android kalian kena usaha sendiri.

Lokasi Strategik Kod QR

Kalian boleh letakkan kod QR ni di suratkhabar, majalah, cermin kereta, tattoo badan dan banyak lagi tempat yang boleh difikirkan. Kerana ia tak perlukan ruang yang luas kalau dibandingkan dengan links konvensional yang menggunakan ayat dan perkataan. 

Contohnya: Selain menaip www.jurnalkosong.com kalian hanya perlu imbas kod di bawah ini:
Lagi cepat dan menarik kan? Lepas ni bolehlah letak imej ni kat header blog tu.

Kalau berminat kalian boleh try cipta QR sendiri di QRStuff atau di Qurify.
Share:

Tuesday, July 31, 2012

Monday, July 30, 2012

Jiran yang tak prihatin

Salam 10 Ramadhan.

Hari ini aku sempat menghadiri satu mesyuarat di IPD daerah Raub berkaitan dengan agensi keselamatan di kawasan jajahan Raub. Ini memang merupakan rutin mesyuarat yang aku akan hadiri bagi mewakili pihak jabatan.
Bandar Raub yang jem sebab jalan sempit
Berita yang paling mengejutkan aku ialah apabila menerima maklumat bahawa terdapat kegiatan pecah rumah di kawasan Raub ini yang berlaku pada siang-siang hari. Kejadian berlaku terutamanya apabila tiada orang di rumah sebab kesemua penghuni pergi bekerja.

Share:

Wednesday, July 25, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Jurnal Kosong akhirnya berdomain sendiri

Salam Ramadhan semua. Hari ini hari ke-3 Ramadhan. 

Entri kali ini agak istimewa sebabnya ini adalah entri yang pertama selepas blog ini berdomain sendiri. Walaupun pada asalnya aku tak berniat langsung nak memakai apa-apa domain pun, tetapi aku rasa macam ada satu pujukan yang mendorong aku untuk menggunakan domain sendiri ini. Dorongan ini datang selepas aku ter'klik' Serverfreak punya laman web. Terpengaruh juga aku. Lagipun dengan modal RM40 aku rasa dah memadai untuk aku berjinak-jinak mengkaji domain sendiri.


Share:

Wednesday, July 18, 2012

Patutkah aku ada domain sendiri?

Rupa-rupanya dah masuk 3 tahun lebih aku menggunakan domain blogspot ni. Rasanya tahap kemahiran aku menggunakan blogspot ni sudah mencukupi untuk aku terus kekal dalam arena blogging ni. Pernah juga aku terfikir pasal hal domain-domain ni. Tapi aku sekadar ambil 'port' sahaja, dan tidak ada niat langsung nak guna domain sendiri. Yang aku tahu, kalau ada domain sendiri maka kita tak perlu ada tambahan 'blogspot' pada URL blog kan?





Share:

Tuesday, July 17, 2012

Sunday, July 15, 2012

Kulit dah semakin gelap kerana bersukan

Sukacita dimaklumkan kepada kalian, selepas seminggu terlibat dalam latihan bola tampar untuk sesi pemilihan pemain aku dapati kulit kedua-dua lengan dah semakin gelap dan berkilat. Malu pulak nak 'post' gambar kat sini. Baru terperasan yang selama ini aku berlatih waktu petang-petang tu adalah dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik. Patutlah gelap kulit aku ni. Tempat latihan pulak di kawasan terbuka, nasiblah.
'sommersault berpusing!!!'

Share:

Wednesday, July 11, 2012

Monday, July 9, 2012

Jangan 'Pilih Bulu' untuk letak komen

Dah banyak kali aku perhatikan kat arena blogging ni, kadang-kadang masih ada blogger yang memilih nak tinggalkan komen dan ulasan di blog yang mereka lawati. Seperti yang aku lihat beberapa hari lepas, ada  sebaris komen yang aku baca di salah sebuah blog yang kerap aku singgah itu amatlah menghiris hati dan perasaan. 



Kalau ulasan tu berkisar tentang entri yang kita buat ataupun berkaitan tatarias blog itu sendiri mungkin bolehlah kita buat endah tak endah. Tapi ulasan yang dibuat tu lebih kepada memandang remeh para blogger yang masih menggunakan free hosting seperti blogspot dan wordpress ni. Apa kah?

Share:

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, July 3, 2012

'Membuat Panggilan' bukan lagi tujuan utama telefon pintar

Merujuk kepada laporan yang dibuat oleh pihak 'O2's - All About You', pemilik telefon pintar ataupun 'smartphone' kebiasaanya akan menghabiskan masa 2 jam dalam sehari menggunakan telefon mereka itu. Laporan yang mereka buat itu adalah berdasarkan kajian berkaitan bagaimana pengguna menggunakan telefon pintar mereka. Sayangnya dalam kajian itu mereka mendapati 'membuat panggilan' bukan lagi tujuan utama penggunaan 'smartphone' ini. Aku tahu sebab aku pun sama macam orang dalam laporan tu.

sumber O2 News Centre
Share:

Monday, July 2, 2012

Demam bola dah habis? Ini cuma pemanasan!

Ya, memang betul. Kalau kalian kata demam bola sudah selesai maknanya kalian cuma peminat bola sepak yang suam-suam kuku sahaja. Kalian mungkin meminati bola sepak kerana kehangatannya pada satu-satu masa sahaja. Mungkin dek kerana kehangatan kejohanan Euro yang lepas membuatkan kalian teruja dan terikut-ikut dengan 'trend' semasa. Kalian menjadi sejuk sejurus kejohanan tamat, bosan!.

Share:

Thursday, June 28, 2012

Nombor Telefon Balai Polis Raub, Comel.

Saya tertarik dengan pendekatan PDRM cawangan Raub, Pahang ini. Memang tak ramai orang yang tahu nombor talian terus ini melainkan nombor kecemasan 999 yang sangat popular itu. 

Ramai yang bagi alasan tidak tahu nombor yang perlu didail jika ada sebarang masalah yang memerlukan tindakan pihak polis. Solusinya adalah seperti gambar dibawah.

Andai kata masih ada yang kata dia tak tahu nombor telefon polis ini memang patut diikat di tiang tu. Nombor telefon Balai Polis Raub adalah:
  • 09-355 4999, dan
  • 09-355 2222.


Mungkin ada Balai Polis di kawasan daerah lain turut mengamalkan konsep sebegini. Bagus, semoga ramailah hendaknya penduduk Raub ini yang mendapat faedah daripada papan tanda di atas. 

Harapnya jangan sampai lepas ini papan tanda penuh dengan poster pinjaman wang Ah Long pulalah ye.
Share:

Monday, June 11, 2012

Dimana Italy ketika EURO 2012?


Euro 2012 sudah bermula,  dek kerana tertarik dengan cabaran Denaihati, maka keluarlah entri berkaitan bolasepak untuk kali ini. Jadi, apakah pasukan pilihan saya?
ITALY!!
 Walaupun Italy berada di dalam Kumpulan C yang sama dengan juara Piala Dunia iaitu Sepanyol, harus di ingat bahawa ketika ini dengan gelaran 'Juara Piala Dunia' sekalipun tidak akan membawa apa-apa makna kerana setiap pasukan nescaya akan mengerah kudrat pemain mereka melebihi tahap keupayaan masing-masing.

Contohnya, dalam Kumpulan B pasukan Denmark dengan bergayanya telah pun mengalahkan pasukan Belanda yang pada malam tersebut merupakan pilihan utama memenangi perlawanan tersebut. Oh, adakah Belanda telah menjadi lemah? Tidak, sebaliknya pasukan Denmark yang telah menjadi terlalu kuat pada malam itu.

Sayangnya bukan Denmark, Spain, England, mahupun Jerman yang menjadi pilihan saya, sebaliknya pasukan Italy lah pilihan untuk menjuarai Euro 2012 kali ini.

Di Natale menjaringkan gol melepasi Victor Valdes. Nice.

Sayangnya gejala korupsi telah menjadi masalah utama dalam Liga Serie A di Italy, sehinggakan beberapa pemain utama Italy telah pun dituduh terlibat di dalam gejala ini. Mereka ini telah pun disingkirkan, namun Italy masih bersemangat mengharungi perlawanan Euro 2012 kali ini.

Mungkin pasukan ITALY ini bukan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini, kalau tak percaya tanyalah Pasukan Sepanyol!
Share:

Kemahiran yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu kita memilikinya.

Hari saya belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup. Kita tidak akan tahu apa jenis kemahiran yang kita ada sehinggalah kita mencubanya sendiri. Walaupun mungkin pada pertama kalinya hasil cubaan itu tidaklah sehebat Picasso ataupun lukisan Monalisa, tetapi jika di asah dan di asuh selalu bakat itu ianya akan membuahkan hasil.

Potret Monalisa
Share:

Tuesday, June 5, 2012

Sambung belajar?

Semua orang mahu meneruskan kecemerlangan di dalam kareer masing-masing. Sama juga seperti saya. Rakan-rakan saya yang masih berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia masih tetap utuh dengan kerjaya dan pencapaiannya, manakala rakan sepejabat di tempat kerja sekarang ini pula dah ramai yang menyambung pelajaran secara jarak jauh.

Wah, saya yang mula-mula bercadang nak sambung pelajaran pun masih tersekat-sekat dek kerana keperluan kewangan yang belum stabil. Kalau bukan kerana pilihan saya membeli rumah, mungkin saya tiada halangan nak sambung belajar.


Share:

Saturday, June 2, 2012

Main air di Wet World, Shah Alam

Cuti sekolah ada lagi seminggu, minggu yang pertama saya dan keluarga berjalan-jalan ke Cameron Highland. Terlupa pula nak buat entri pasal tu, so lain kalilah ye. Tapi mingggu ni pula saya sekeluarga pun bercadang mahu main air di Wet World Shah Alam. Cuma perlulah diingatkan, umat manusia memang ramai di waktu-waktu cuti begini, dan sudah tentunya parking kereta pun sangat-sangat kritikal. 

Yang paling penting kalau nak pergi tempat-tempat macam ni, kalian kena datang awal-awal pagi. Kalau tidak, beraturlah panjang membeli tiket masuk ditengah terik matahari, macam saya.

sebahagian umat manusia kat taman air ni

Share:

Tuesday, May 29, 2012

Akhirnya ku miliki LUMIA 610

Berjaya juga saya memiliki telefon yang beroperasikan 'Windows phone'. Selepas setahun buat entri pasal 'teringin nak guna 'windows phones' ni akhirnya dapat juga merasa memilikinya. Dengan bajet yang sedikit tidak mencecah RM1000 saya merasakan ini adalah pilihan yang terbaik. Buat masa ini hanya Lumia 610 sahaja yang menawarkan harga dibawah RM1000.
wallpaper guna muka sendiri. `LOL`

Selepas 2-3 hari memiliki telefon Nokia Lumia 610 ini,saya mula berasa kagum kerana pengoperasiannya sangat lancar dan kemas sama seperti mana-mana 'Windows Phones', dan OSnya masih lagi berfungsi dengan kemas walaupun dibawah 256 MB RAM dan '800 Mhz processor'.



Sayangnya, jumlah 125 RAM yang sedikit ini ada kesannya. Hampir separuh daripada 'Top Ten Games' dalam 'Windows Marketplace' tidak boleh digunakan untuk telefon ini.


Sebahagian 'tiles' yang saya kerap guna.
Antara 'apps' ternama yang turut tidak berfungsi untuk Lumia 610 ini adalah SKYPE, permainan Angry Birds, Pac Man Kart Rally, Monopoly dan juga Sid Meiers Pirates termasuklah juga permainan bolasepak PES.

Tetapi, saya bukanlah menggunakan Lumia ini untuk semata-mata untuk 'games' sebaliknya untuk bersosial dengan aplikasi-aplikasi seperti facebook, twitter, dan banyak lagi. Tambahan pula saya berpendapat pengoperasiannya Lumia 610 ini jauh lebih menarik daripada mana-mana sistem dalam telefon Samsung dan yang lain.

Warna putih ala-ala iPhone.
Saya tidak membenci OS Android, tetapi saya lebih tertarik dengan OS WP ini. 

Selamat tinggal symbian!
Share:

Monday, May 21, 2012

Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Berakhirnya demam bola sepak Liga Inggeris

Buat masa ini saya rasa banyak kedai mamak akan mengalami sedikit kerugian dek kerana musim bola sepak Liga perdana Inggeris dah pun habis. Biasanya kedai mereka ini akan penuh terutamanya pada malam hari minggu sebabnya jadual perlawanan tertumpu pada waktu ini.

Juara mutlak Liga Perdana Inggeris ini selepas 38 perlawanan liga akhirnya dimenangi oleh pasukan Manchester City. Tahniah buat mereka dan juga kepada penyokong-penyokong mereka. 


Kepada pasukan Manchester United dan para penyokongnya diharapkan berbanyak bersabar. Walaupun berada di tempat kedua, kedua-dua pasukan ini berkongsi mata yang sama iaitu sebanyak 89 mata. Hanya perbezaan jaringan sebanyak 8 gol menjadi penentu juara. Iguan buruk Sir Alex Ferguson sepanjang hayatnya.

 Bagi pasukan kegemaran saya, Arsenal menduduki tempat ketiga dengan 70 mata dan secara automatik layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun hadapan.

Tahun demi tahun Arsenal tanpa sebarang piala seperti sudah menjadi tradisi, mungkin selepas sumpahan 'The Invincibles' semasa musim 03/04 dahulu. Mereka memenangi Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan.

Selepas ini menanti peminat bola seperti saya adalah Kejohanan Euro EUFA yang akan bermula 8 Jun ini dengan perlawan pertama adalah di antara Poland dan Greece. 

Saya adalah penyokong pasukan bolasepak Itali :)
Share:

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Tahun ini Cuti Umum Hari Pekerja jatuh pada hari selasa (1 Mei 2010). Maka secara logiknya memang ramailah yang sudah mula ambil cuti pada hari Isnin supaya dapatlah cuti hujung minggu yang lebih panjang daripada biasa.


Untuk itu, saya ucapkan Selamat Hari Pekerja dan juga selamat bercuti kepada semua para pekerja-pekerja, buruh-buruh, staf-staf, dan juga kepada semua kakitangan kerajaan dan juga awam di Malaysia ini. Setiap jasa baik kalian pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak.


Kepada staf PUSPEN Raub, setiap pekerjaan yang kita buat itu jika diniatkan kerana Allah maka pahalalah buat kalian. Amin.


Share:

Wednesday, April 18, 2012

Saturday, April 7, 2012

Susah juga kalau demam sampai seminggu

Bulan April ini sangat azab saya rasakan. Bukan sikit-sikit punya azab, bahkan boleh masuk ke peringkat 'extreme' ni rasanya. Jiwa dan raga ini menanggung berbagai-bagai seksaan dunia dan semuanya berlaku dalam tempoh seminggu sahaja.

Demam panas macam ni yang saya rasa.


Dimulakan dengan demam panas yang datang tiba-tiba pada hari Ahad. Saya berada di Kalng pada waktu ini. Maka 'spoiled'lah program untuk weekend tersebut dek kerana terbaring dan tersadai kelesuan sepanjang hari. Demam kali ini agak dasyat juga kerana ia berterusan sampai hari Jumaat! dekat seminggu juga tu. Jadinya, Isnin saya ambil Sijil Sakit dari klinik dan Selasanya kena ambil cuti rehat sebab tak larat nak memandu balik ke Raub malam-malam.

Share:

Tuesday, March 27, 2012

Pak Mat bukan PTPTN

Salam semua.

Saya teringat sebuah cerita pasal Pak Mat yang saling tak tumpah macam kisah PTPTN sekarang ni. Begini kisahnya.

Pak Mat ni ada sebuah kedai makan di kampungnya. Nama kampung tersebut terpaksa dirahsiakan atas permintaan Pak Mat. Pak Mat cakap dia tak mau publisiti murahan mengenai kampungnya. Di kedai makan Pak Mat ini ada menjual macam-macam jenis makanan. Tak kiralah makanan resepi utara hinggalah ke makanan orang barat ni semuanya Pak Mat boleh sediakan. 

ini bukan kedai Pak Mat

Pak Mat memang hebat.
Share:

Wednesday, March 7, 2012

Umur kaum perempuan adalah rahsia negara

Bila bercerita pasal umur, kaum perempuan kebanyakannya sangat-sangat sensitif pasal hal ini. Cubalah tanya kepada mana-mana kaum perempuan yang kita jarang berbual dan cuba bertanyakan berapa umur beliau. Saya pasti kalian tidak akan dapat jawapannya.

Berbanding dengan kaum lelaki yang langsung tidak kisah dengan berapa usia mereka. Mereka tahu usia ini hanyalah nombor-nombor yang menentukan sudah berapa lama mereka wujud di muka bumi ini. Malah adakalanya mereka lebih bangga memberitahu berapa umur mereka, kerana semakin berusia lelaki itu maka semakin matanglah corak pemikiran mereka.

ihsan Google

Share:

Tuesday, February 28, 2012

Makan sampai hadam, baca sampai faham

Kerapkali saya meluat bila mana melihat komen dan post-post yang wujud di 'wall' Facebook yang ditulis oleh mereka-mereka yang kononnya bijak pandai. Isu yang sedang panas di pasaran pada masa kini biasanya berkisar pasal kilang Lynas, kes khalwat dengan bini orang, dan yang paling 'ngetop' sekali adalah kes liwat.

Jujurnya, rakyat Malaysia memang prihatin, sangat prihatin sehingga boleh dikategorikan sebagai 'menjaga kain orang lain'. Semua hal dan perkara yang berlaku di Malaysia kalau boleh mahu dikomennya. Tak salah kalau nak letak komen, tapi seelok-eloknya fahamilah dahulu cerita yang sebenarnya kemudian barulah komen sepuas-puasnya.

Share:

Tuesday, February 21, 2012

Tukar tayar di Lebuhraya Karak

Kadangkala persiapan yang kita buat walaupun cukup pada firasat kita, pasti masih ada cacat celanya. Kita tak boleh menentukan apa yang akan berlaku, kita hanya boleh merancang. Ini namanya Qada' dan Qadar.

Perkara ini saya alami malam tadi semasa dalam perjalanan pulang seorang diri ke Raub untuk bertugas selepas berhujung minggu bersama keluarga di Klang.

Ketika sedang berhujung minggu, saya diserang demam. Terpaksa ambil MC pada hari Isnin dan terpaksa pulang ke Raub pada malamnya. Badan saya masih lagi belum kebah daripada demam selsema, tetapi saya tetap meneruskan perjalanan.

Share:

Tuesday, February 14, 2012

Azam Jogging 2012

Tahun lepas saya ada letakkan beberapa matlamat untuk dicapai sebelum berakhirnya 2011. Sayangnya, hasrat tersebut cuma dapat dibuat dalam 20% sahaja sepanjang tahun. Rupa bentuk fizikal badan ni masih tak berubah, bahkan semakin merosot pula jadinya. Untuk lebih faham, boleh baca entri berkaitan 'Badanku dah out of shape' ni.

Kali ini saya sasarkan matlamat yang sama macam tahun lepas, cuma saya akan pendekkan masa untuk mencapainya. 'Workout' gila-gila sampai bulan Jun cukup? Walaupun kena bekerja lebih keras, tapi yang penting adalah 'outcome'nya. Sangat berbaloi bukan?

Share:

Tuesday, January 31, 2012

Akhirnya dapat tablet ASUS

Selepas membuat banyak carian maklumat berkaitan tablet-tablet yang ada di pasaran sekarang ini, saya amat tertarik dengan sebuah tablet keluaran ASUS iaitu EEE Pad Slider. Bukan sahaja kerana saiznya yang sangat besar mencecah 10.1 inci, malah ia adalah satu-satunya tablet yang mempunyai papan kekuncinya sendiri.


Papan kekunci ini bukanlah seperti ' detachable keypad' yang banyak digunakan oleh tablet-tablet yang lain. Tetapi ianya adalah direka bersatu dengan tablet tersebut.
Share:

Sunday, January 15, 2012

Mood Sukan

16 Januari. Mood sukan.

Mood Tak seronok.

Hari ini mood kerja saya sederhana saja. Salah satunya disebabkan oleh kerana kekalahan pasukan Arsenal kepada pasukan Swansea 4-3 malam tadi. Kekalahan ini agak sukar untuk ditelan sebabnya kerana pasukan lawan kali ini adalah pasukan yang belum pernah menang dengan pasukan Arsenal semenjak berpuluh-puluh tahun lamanya. 

Kalah itu perkara biasa, tetapi BAGAIMANA kekalahan itu berlaku memang sukar nak diterima. Cuba lagi minggu depan. 

Share:

Wednesday, January 4, 2012

Kemaskini Azam Tahun Baru

Salam Tahun Baru kepada semua.

Tahun 2011 dan selesai dan selamat datang 2012. Tak banyak yang boleh saya ulaskan berkaitan 2011 melainkan terdapat beberapa azam tahun lepas yang masih terbengkalai. Masih terbengkalai bukan bermakna tidak berjalan langsung, cuma lambat sedikit. Due-date nya sudah kerap berubah-ubah.

Share: