Tuesday, January 31, 2012

Akhirnya dapat tablet ASUS

Selepas membuat banyak carian maklumat berkaitan tablet-tablet yang ada di pasaran sekarang ini, saya amat tertarik dengan sebuah tablet keluaran ASUS iaitu EEE Pad Slider. Bukan sahaja kerana saiznya yang sangat besar mencecah 10.1 inci, malah ia adalah satu-satunya tablet yang mempunyai papan kekuncinya sendiri.


Papan kekunci ini bukanlah seperti ' detachable keypad' yang banyak digunakan oleh tablet-tablet yang lain. Tetapi ianya adalah direka bersatu dengan tablet tersebut.
Selepas berfikir panjang, saya nekad untuk memilikinya. Kebetulan pula di kedai peralatan Seng Heng ada membuat pameran tablet ini dan boleh dibeli menggunakan sistem kredit Aeon. Isteri saya pun memang minat kepada tablet yang sama dan terus sahaja kami membelinya.


Tak rugi kami membelinya walaupun tablet ini tidak mempunyai perkhidmatan 3G, yang ada cuma sistem wi-fi sahaja namun ianya cukup berbaloi rasanya. Spesifikasi tablet ASUS eee Pad Slider ini adalah seperti berikut:

  • 10.1″ LED Backlit Multitouch Display @ 1200 x 800 pixels resolusi
  • Nvidia Tegra 2 1.0 Dual processor
  • 1GB RAM
  • 16/32GB Storan
  • WiFi
  • Kamera 5MP (belakang) dan 1.2MP (hadapan)
  • Bunyi Surround
  • HDMI, USB 2.0, MicroSD & Audio Ports
  • 8 jam purata ketahanan bateri
  • Warna coklat dan putih
Harga di pasaran pada masa ini adalah RM1699 sahaja. Sistem OSnya adalah Android 3.2 Honeycomb dan yang ia dilengkapkan dengan perisian Polaris yang membolehkan pengeditan dokumen seperti 'words, spreadsheet, dan juga presentations'.



Tablet ini digunakan sepenuhnya oleh isteri saya, dan telefon Samsung Galaxy Y miliknya digunakan sebagai 'wi-fi hotspot' untuk melayari internet.

Seronok juga melayan 'Fruit Ninja' atas katil sebelum tidur ni ye :)
Share: