Wednesday, January 4, 2012

Kemaskini Azam Tahun Baru

Salam Tahun Baru kepada semua.

Tahun 2011 dan selesai dan selamat datang 2012. Tak banyak yang boleh saya ulaskan berkaitan 2011 melainkan terdapat beberapa azam tahun lepas yang masih terbengkalai. Masih terbengkalai bukan bermakna tidak berjalan langsung, cuma lambat sedikit. Due-date nya sudah kerap berubah-ubah.


Tahun 2012 ini pula saya tidak meletakkan azam baru, cuma saya mahu menyiapkan azam tahun lepas yang hampir-hampir tercapai. Dan saya akan berusaha LEBIH GIGIH untuk mencapainya. 
Boleh juga saya katakan tahun 2012 ini adalah tahun 'BERUSAHA LEBIH GIGIH' sepanjang tahun.
Antaranya azam saya yang belum selesai termasuklah berkaitan hal-hal pembelian rumah baru di Melaka, hal-hal pertukaran tempat kerja, hal-hal menambah bilangan cahaya mata dan hal-hal kewangan yang tidak teratur.

Terima kasih juga kepada para sahabat blogger yang turut datang mengunjung blog ini sepanjang tahun 2011, dan sesungguhnya budi baik tuan-puan hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Semoga hubungan sesama blogger ini berkekalan.
Share: