Sunday, January 15, 2012

Mood Sukan

16 Januari. Mood sukan.

Mood Tak seronok.

Hari ini mood kerja saya sederhana saja. Salah satunya disebabkan oleh kerana kekalahan pasukan Arsenal kepada pasukan Swansea 4-3 malam tadi. Kekalahan ini agak sukar untuk ditelan sebabnya kerana pasukan lawan kali ini adalah pasukan yang belum pernah menang dengan pasukan Arsenal semenjak berpuluh-puluh tahun lamanya. 

Kalah itu perkara biasa, tetapi BAGAIMANA kekalahan itu berlaku memang sukar nak diterima. Cuba lagi minggu depan. 


Mood gembira.

Mujurlah Dato' Lee Chong Wei menang perlawanan badminton ke atas Kenichi Tago semasa perlawanan Akhir Terbuka Malaysia 2012 semalam. Ini adalah kemenangannya yang ke-8 memenangi Kejuaraan Badminton Terbuka Malaysia.

Pemian Badminton Nombor 1 Dunia semenjak 2008
Sayangnya perlawanan akhir semalam sungguh berat sebelah kepada Chong Wei. Statusnya sebagai pemain nombor satu dunia semenjak 2008 memang tidak dapat disangkal lagi. Pemain Jepun itu semalam nampaknya seperti tidak berupaya langsung menyaingi setiap rentak permainan Chong Wei. Permainan berakhir dengan mudah 'straight set' 21-6, 21-13 selama 37 minit sahaja.

Chong Wei membawa pulang US$30,000 bersamaan dengan RM93,990.

Kata-kata Chong Wei selepas perlawanan:
"It feels great to have equaled a legend's record, and now I have set my sights on winning the country's first Olympic gold medal,"

Harapan kita supaya selepas ini ada pemain pelapis yang boleh meneruskan penguasaan Malaysia dalam badminton di peringkat antarabangsa selepas ketiadaan Dato' Lee Chong Wei. Sayangnya, buat masa ini tiada seorang pun yang betul-betul layak menggantikan beliau.

Saya tidak mampu menggantikan beliau. :)
Share: