Tuesday, February 14, 2012

Azam Jogging 2012

Tahun lepas saya ada letakkan beberapa matlamat untuk dicapai sebelum berakhirnya 2011. Sayangnya, hasrat tersebut cuma dapat dibuat dalam 20% sahaja sepanjang tahun. Rupa bentuk fizikal badan ni masih tak berubah, bahkan semakin merosot pula jadinya. Untuk lebih faham, boleh baca entri berkaitan 'Badanku dah out of shape' ni.

Kali ini saya sasarkan matlamat yang sama macam tahun lepas, cuma saya akan pendekkan masa untuk mencapainya. 'Workout' gila-gila sampai bulan Jun cukup? Walaupun kena bekerja lebih keras, tapi yang penting adalah 'outcome'nya. Sangat berbaloi bukan?


Target trek untuk berjogging adalah di Taman Tasik Raub.

Nampaknya Taman Tasik Raub ni telah menjadi seperti rumah kedua bagi saya. Setiap petang selepas balik kerja, saya akan berjogging di sini. Trek untuk berjogging di sini juga sangat menarik dan selesa. Dengan trek yang mengelilingi tasik, kontour tanahnya yang rata dan mendaki sedikit ditambah dengan suasana sekeliling yang dikelilingi pokok-pokok memang sangat mendekatkan diri kita dengan alam.

Kalau nak jogging di kawasan rumah sendiri pun boleh juga, tapi mungkin tak berapa teruja sangat dibandingkan dengan kehadiran ramai lagi manusia-manusia di bumi Raub ini yang turun sama berjogging.


Harap-harap matlamat tahun ini tercapai jua. Biar putih tulang, jangan putih mata. Fighting!
Share: