Tuesday, March 27, 2012

Pak Mat bukan PTPTN

Salam semua.

Saya teringat sebuah cerita pasal Pak Mat yang saling tak tumpah macam kisah PTPTN sekarang ni. Begini kisahnya.

Pak Mat ni ada sebuah kedai makan di kampungnya. Nama kampung tersebut terpaksa dirahsiakan atas permintaan Pak Mat. Pak Mat cakap dia tak mau publisiti murahan mengenai kampungnya. Di kedai makan Pak Mat ini ada menjual macam-macam jenis makanan. Tak kiralah makanan resepi utara hinggalah ke makanan orang barat ni semuanya Pak Mat boleh sediakan. 

ini bukan kedai Pak Mat

Pak Mat memang hebat.


Ramai orang kampung yang suka datang dan makan di kedai Pak Mat ini. Mereka memuji masakan Pak Mat yang begitu memuaskan hati dan perut mereka semua. Disebabkan itu pelanggan Pak Mat semakin ramai dan nama kedai Pak Mat tersebar ke serata alam.

Pak Mat juga pemurah orangnya. Pak Mat tidak pernah berkira-kira dengan semua pelanggannya. Malah Pak Mat benarkan penduduk kampung makan BERHUTANG dengannya. Ada yang berhutang dengan Pak Mat sehingga ratusan ringgit tetapi Pak Mat masih benarkan mereka menambah hutangnya. Kerana Pak Mat merasakan dengan berhutang inilah penduduk kampung akhirnya dapat merasakan makanan yang dimasaknya.

Pak Mat memang hebat.

Pak Mat tahu ramai penduduk kampung yang suka dengan masakannya maka Pak Mat mahu memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Pak Mat juga berharap supaya HUTANG penduduk kampung ini bolehlah dijelaskan mereka sedikit demi sedikit kerana Pak Mat juga perlu menanggung kos sara hidup.

Kemasyhuran Pak Mat  tersebar ke kampung sebelah dan akhirnya diketahui oleh seterunya Pak Abu.

Pak Abu adalah warga kampung sebelah-menyebelah dengan kampung Pak Mat. Pak Abu ni pula tiada kaitan persaudaraan langsung dengan Pak Mat. Malahan pelawaan Pak Mat untuk menjadi 'friends' di dalam Facebook juga telah di'reject' oleh Pak Abu.

Pak Abu ini kemudiannya telah menghasut kesemua penduduk kampung yang masih berhutang di kedai Pak Mat supaya meminta Pak Mat membatalkan sahaja kesemua hutang-piutang yang ditanggung oleh mereka. Alasan yang diberikan oleh Pak Abu kepada Pak Mat adalah:

Pak Mat telah pernah meng'kensel'kan kesemua hutang yang dibuat oleh USIN di kedai makannya. Usin ni pula adalah anak kepada ketua kampung tersebut. Hutang Usin pula banyak sampai RM4-5 ratus. Sebabnya adalah tidak diketahui. Maka dengan ini Pak Abu berasa bahawa Pak Mat patut turut meng'kensel'kan hutang semua penduduk kampung tersebut juga. Pak Mat patut berbuat amal juga kepada mereka yang menyokong kedai Pak Mat ni.

 Pak Abu memang cilanat. 

Pak Abu menjadi 'femes' serta merta. Tindakan heronya itu membuatkan namanya disebut-sebut penduduk kampung. Dia mula menjadi idola dan mentor kepada penghutang dengan kampung Pak Mat. Pak Mat pula masih lagi dengan pendiriannya mahu mengutip hutang daripada penduduk yang berhutang dengannya.

Akhirnya semasa di'interview' oleh pemberita yang mahukan berita terkini daripada Pak Mat ini, dengan nada suara yang lembut tapi yakin Pak Mat menjelaskan pandangannya. 
Saya memang ada berikan hutang dengan Usin, tapi itu HAK saya. Saya juga telah halalkan hutang Usin, itu juga HAK saya. Tuhan tak akan marah kalau saya buat macam tu. Tapi apabila saya mahu 'collect' hutang orang lain dengan saya, itu adalah HAK saya.
 Pak Mat memang hebat.

kesimpulan yang Pak Mat berikan:
  1. Pandai hutang, pandailah bayar balik. Jangan cuba lari dari perjanjian.
  2. Perbuatan Pak Abu menghasut orang kampung tersebut sebenarnya ia telah mendidik masyarakat kita supaya mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah walaupun dengan cara salah.
  3. Kalau tak mampu nak bayar hutang, jangan berhutang.
Share: