Wednesday, March 7, 2012

Umur kaum perempuan adalah rahsia negara

Bila bercerita pasal umur, kaum perempuan kebanyakannya sangat-sangat sensitif pasal hal ini. Cubalah tanya kepada mana-mana kaum perempuan yang kita jarang berbual dan cuba bertanyakan berapa umur beliau. Saya pasti kalian tidak akan dapat jawapannya.

Berbanding dengan kaum lelaki yang langsung tidak kisah dengan berapa usia mereka. Mereka tahu usia ini hanyalah nombor-nombor yang menentukan sudah berapa lama mereka wujud di muka bumi ini. Malah adakalanya mereka lebih bangga memberitahu berapa umur mereka, kerana semakin berusia lelaki itu maka semakin matanglah corak pemikiran mereka.

ihsan Google

Sayangnya kaum perempuan yang saya kenal pula berbeza pandangannya. Mereka tahu semakin kita meningkat usia sepatutnya semakin matang seseorang itu. Tetapi kenapa pula masih mahu berahsia? penting sangatkah umur kamu itu sehinggakan perlu berahsia daripada pengetahuan semua orang?

 Contohnya: 

'Saya berusia 30 tahun, dan saya rasa sangat tidak selesa dengan usia ini' 

Sebenarnya selain daripada kematangan pemikiran, usia juga menjadikan kita semakin tua. Walaupun usia kaum perempuan ini baru sahaja bertukar daripada 29 tahun kepada 30 tahun, tetapi mereka merasakan seperti terus melompat ke usia 50 tahun. Kita tahu, usia tua datang berpakej sekali dengan kulit yang semakin kedut, tahap antibodi badan yang semakin menurun, dan warna rambut turut berubah-ubah.

Kedut juga adalah musuh nombor satu kebanyakan wanita. Mereka boleh berhabis ratusan ringgit untuk mendapatkan perkakas yang boleh menutup kedut-kedut tua di muka itu. Janganlah jadi terlalu bodoh, ini hukum alam. Membantah hukum alam samalah seperti membantah hukum tuhan. Jangan ikut macam Anita.

Kalau tak mahu menjadi tua, seeloknya mati di usia muda sahaja jawapannya.
 
Kaum perempuan terlalu khuatir dengan nombor-nombor ini.

Suka atau tidak, percayalah tiada siapa boleh menghalang usia ini daripada terus bertambah.
Share: