Saturday, April 7, 2012

Susah juga kalau demam sampai seminggu

Bulan April ini sangat azab saya rasakan. Bukan sikit-sikit punya azab, bahkan boleh masuk ke peringkat 'extreme' ni rasanya. Jiwa dan raga ini menanggung berbagai-bagai seksaan dunia dan semuanya berlaku dalam tempoh seminggu sahaja.

Demam panas macam ni yang saya rasa.


Dimulakan dengan demam panas yang datang tiba-tiba pada hari Ahad. Saya berada di Kalng pada waktu ini. Maka 'spoiled'lah program untuk weekend tersebut dek kerana terbaring dan tersadai kelesuan sepanjang hari. Demam kali ini agak dasyat juga kerana ia berterusan sampai hari Jumaat! dekat seminggu juga tu. Jadinya, Isnin saya ambil Sijil Sakit dari klinik dan Selasanya kena ambil cuti rehat sebab tak larat nak memandu balik ke Raub malam-malam.

Bila dah mula bekerja pada hari Rabu, tempat kerja pula dah buat transformasi kerja secara besar-besaran. Maknanya juga, kerja harian saya juga dah berlipat 2 kali ganda banyaknya. Dengan kepala yang masih pening-pening lalat dan berdiri pun masih goyang-goyang kerana demam saya teruskan juga kerja-kerja yang patut dibuat tu.

Hari Khamis pun datang sekali dengan demam selsema pula. Memang badan ni tak sempat nak merasa sihat sekejap pun. Suhu badan ni tak pernah turun sejak mula disukat pada Ahad lepas. Suhu badan saya waktu tu 38.7 darjah celsius. 

Demam selsema ni ramai yang tahu azabnya nak menguruskan hingus kat dalam hidung ni kan. Tak berhenti-henti asyik nak keluar je dari hidung tu. Nak naik merah hidung ni asyik kena gosok dengan tisu. 

Baik sahaja demam panas dan demam selsema ni, datang pula penyakit gatal-gatal. Satu badan naik gatal-gatal ni. Tak tahu apa puncanya, tapi semua kawasan badan ni dah naik gatal dan bengkak. Bengkak-bengkak ni punyalah besar sampai jam tangan kat tangan kiri ni dah tak boleh berpusing sebab terlalu ketat!

Ada kemungkinan saya tersalah makan, tapi apa yang saya salah makan tu? Entahlah.

Sebahagian anggota badan yang kegatalan

Harapan saya minggu depan semuanya dah ok, saya dah tak larat nak makan ubat hari-hari. Terima kasih juga kepada my wife yang sibuk menjaga saya sepanjang waktu ini :)
Share: