Tuesday, May 15, 2012

Berakhirnya demam bola sepak Liga Inggeris

Buat masa ini saya rasa banyak kedai mamak akan mengalami sedikit kerugian dek kerana musim bola sepak Liga perdana Inggeris dah pun habis. Biasanya kedai mereka ini akan penuh terutamanya pada malam hari minggu sebabnya jadual perlawanan tertumpu pada waktu ini.

Juara mutlak Liga Perdana Inggeris ini selepas 38 perlawanan liga akhirnya dimenangi oleh pasukan Manchester City. Tahniah buat mereka dan juga kepada penyokong-penyokong mereka. 


Kepada pasukan Manchester United dan para penyokongnya diharapkan berbanyak bersabar. Walaupun berada di tempat kedua, kedua-dua pasukan ini berkongsi mata yang sama iaitu sebanyak 89 mata. Hanya perbezaan jaringan sebanyak 8 gol menjadi penentu juara. Iguan buruk Sir Alex Ferguson sepanjang hayatnya.

 Bagi pasukan kegemaran saya, Arsenal menduduki tempat ketiga dengan 70 mata dan secara automatik layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun hadapan.

Tahun demi tahun Arsenal tanpa sebarang piala seperti sudah menjadi tradisi, mungkin selepas sumpahan 'The Invincibles' semasa musim 03/04 dahulu. Mereka memenangi Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan.

Selepas ini menanti peminat bola seperti saya adalah Kejohanan Euro EUFA yang akan bermula 8 Jun ini dengan perlawan pertama adalah di antara Poland dan Greece. 

Saya adalah penyokong pasukan bolasepak Itali :)
Share: