Monday, May 21, 2012

Piala Thomas 2012, bagaimana nasib Malaysia?

Bermula 20 -27 Mei ini bermulalah kejohanan badminton bagi merebut Piala Thomas dan juga Piala Uber yang dijadualkan berlangsung di Wuhan, salah sebuah kawasan di wilayah Hubei, China.




Negara-negara yang berjaya ke peringkat akhir ini termasuklah Malaysia, China, Indonesia, Denmark, England, Jepun, Rusia, New Zealand, Korea Selatan, Jerman, Afrika Selatan, USA, Thailand, Netherland dan Australia. Selepas diundi, maka keputusan undian untuk Piala Thomas dan Piala Uber adalah seperti berikut:

klik untuk lebih besar
Malaysia berada pada Kumpulan C bersama-sama dengan Denmark dan Afrika Selatan. Jurulatih Malaysia sekadar meletakkan harapan sehingga ke separuk akhir sahaja, memandangkan secara realistiknya pasukan Malaysia tidak mempunyai ramai pemain yang berada di tahap terhebat melainkan Dato' Lee Chong Wei sahaja. 

Pasukan negara lain seperti China mungkin sememangnya akan memandang rendah keupayaan pasukan kita, jika merujuk kepada ranking pemain badminton dunia pada waktu ini hanya seorang sahaja pemain Malaysia di dalam kelompok Terbaik 20.


Walau apa pun, kita mendoakan yang terbaik untuk pasukan Malaysia kali ini. Menang dan kalah adat permainan, yang penting semangat perjuangan yang ditunjukkan.

Malaysia boleh!

Share: