Thursday, June 28, 2012

Nombor Telefon Balai Polis Raub, Comel.

Saya tertarik dengan pendekatan PDRM cawangan Raub, Pahang ini. Memang tak ramai orang yang tahu nombor talian terus ini melainkan nombor kecemasan 999 yang sangat popular itu. 

Ramai yang bagi alasan tidak tahu nombor yang perlu didail jika ada sebarang masalah yang memerlukan tindakan pihak polis. Solusinya adalah seperti gambar dibawah.

Andai kata masih ada yang kata dia tak tahu nombor telefon polis ini memang patut diikat di tiang tu. Nombor telefon Balai Polis Raub adalah:
  • 09-355 4999, dan
  • 09-355 2222.


Mungkin ada Balai Polis di kawasan daerah lain turut mengamalkan konsep sebegini. Bagus, semoga ramailah hendaknya penduduk Raub ini yang mendapat faedah daripada papan tanda di atas. 

Harapnya jangan sampai lepas ini papan tanda penuh dengan poster pinjaman wang Ah Long pulalah ye.
Share:

Monday, June 11, 2012

Dimana Italy ketika EURO 2012?


Euro 2012 sudah bermula,  dek kerana tertarik dengan cabaran Denaihati, maka keluarlah entri berkaitan bolasepak untuk kali ini. Jadi, apakah pasukan pilihan saya?
ITALY!!
 Walaupun Italy berada di dalam Kumpulan C yang sama dengan juara Piala Dunia iaitu Sepanyol, harus di ingat bahawa ketika ini dengan gelaran 'Juara Piala Dunia' sekalipun tidak akan membawa apa-apa makna kerana setiap pasukan nescaya akan mengerah kudrat pemain mereka melebihi tahap keupayaan masing-masing.

Contohnya, dalam Kumpulan B pasukan Denmark dengan bergayanya telah pun mengalahkan pasukan Belanda yang pada malam tersebut merupakan pilihan utama memenangi perlawanan tersebut. Oh, adakah Belanda telah menjadi lemah? Tidak, sebaliknya pasukan Denmark yang telah menjadi terlalu kuat pada malam itu.

Sayangnya bukan Denmark, Spain, England, mahupun Jerman yang menjadi pilihan saya, sebaliknya pasukan Italy lah pilihan untuk menjuarai Euro 2012 kali ini.

Di Natale menjaringkan gol melepasi Victor Valdes. Nice.

Sayangnya gejala korupsi telah menjadi masalah utama dalam Liga Serie A di Italy, sehinggakan beberapa pemain utama Italy telah pun dituduh terlibat di dalam gejala ini. Mereka ini telah pun disingkirkan, namun Italy masih bersemangat mengharungi perlawanan Euro 2012 kali ini.

Mungkin pasukan ITALY ini bukan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini, kalau tak percaya tanyalah Pasukan Sepanyol!
Share:

Kemahiran yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu kita memilikinya.

Hari saya belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup. Kita tidak akan tahu apa jenis kemahiran yang kita ada sehinggalah kita mencubanya sendiri. Walaupun mungkin pada pertama kalinya hasil cubaan itu tidaklah sehebat Picasso ataupun lukisan Monalisa, tetapi jika di asah dan di asuh selalu bakat itu ianya akan membuahkan hasil.

Potret Monalisa
Share:

Tuesday, June 5, 2012

Sambung belajar?

Semua orang mahu meneruskan kecemerlangan di dalam kareer masing-masing. Sama juga seperti saya. Rakan-rakan saya yang masih berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia masih tetap utuh dengan kerjaya dan pencapaiannya, manakala rakan sepejabat di tempat kerja sekarang ini pula dah ramai yang menyambung pelajaran secara jarak jauh.

Wah, saya yang mula-mula bercadang nak sambung pelajaran pun masih tersekat-sekat dek kerana keperluan kewangan yang belum stabil. Kalau bukan kerana pilihan saya membeli rumah, mungkin saya tiada halangan nak sambung belajar.


Share:

Saturday, June 2, 2012

Main air di Wet World, Shah Alam

Cuti sekolah ada lagi seminggu, minggu yang pertama saya dan keluarga berjalan-jalan ke Cameron Highland. Terlupa pula nak buat entri pasal tu, so lain kalilah ye. Tapi mingggu ni pula saya sekeluarga pun bercadang mahu main air di Wet World Shah Alam. Cuma perlulah diingatkan, umat manusia memang ramai di waktu-waktu cuti begini, dan sudah tentunya parking kereta pun sangat-sangat kritikal. 

Yang paling penting kalau nak pergi tempat-tempat macam ni, kalian kena datang awal-awal pagi. Kalau tidak, beraturlah panjang membeli tiket masuk ditengah terik matahari, macam saya.

sebahagian umat manusia kat taman air ni

Share: