Monday, June 11, 2012

Dimana Italy ketika EURO 2012?


Euro 2012 sudah bermula,  dek kerana tertarik dengan cabaran Denaihati, maka keluarlah entri berkaitan bolasepak untuk kali ini. Jadi, apakah pasukan pilihan saya?
ITALY!!
 Walaupun Italy berada di dalam Kumpulan C yang sama dengan juara Piala Dunia iaitu Sepanyol, harus di ingat bahawa ketika ini dengan gelaran 'Juara Piala Dunia' sekalipun tidak akan membawa apa-apa makna kerana setiap pasukan nescaya akan mengerah kudrat pemain mereka melebihi tahap keupayaan masing-masing.

Contohnya, dalam Kumpulan B pasukan Denmark dengan bergayanya telah pun mengalahkan pasukan Belanda yang pada malam tersebut merupakan pilihan utama memenangi perlawanan tersebut. Oh, adakah Belanda telah menjadi lemah? Tidak, sebaliknya pasukan Denmark yang telah menjadi terlalu kuat pada malam itu.

Sayangnya bukan Denmark, Spain, England, mahupun Jerman yang menjadi pilihan saya, sebaliknya pasukan Italy lah pilihan untuk menjuarai Euro 2012 kali ini.

Di Natale menjaringkan gol melepasi Victor Valdes. Nice.

Sayangnya gejala korupsi telah menjadi masalah utama dalam Liga Serie A di Italy, sehinggakan beberapa pemain utama Italy telah pun dituduh terlibat di dalam gejala ini. Mereka ini telah pun disingkirkan, namun Italy masih bersemangat mengharungi perlawanan Euro 2012 kali ini.

Mungkin pasukan ITALY ini bukan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini, kalau tak percaya tanyalah Pasukan Sepanyol!
Share: