Monday, June 11, 2012

Kemahiran yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu kita memilikinya.

Hari saya belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup. Kita tidak akan tahu apa jenis kemahiran yang kita ada sehinggalah kita mencubanya sendiri. Walaupun mungkin pada pertama kalinya hasil cubaan itu tidaklah sehebat Picasso ataupun lukisan Monalisa, tetapi jika di asah dan di asuh selalu bakat itu ianya akan membuahkan hasil.

Potret Monalisa
Benar kata orang, 'Usaha gigih lebih penting daripada bakat' tetapi kalau kita sudah ada bakat sudah tentu usaha gigih itu lebih memantapkan lagi hasil kerja kita. Contohnya, Leonardo Da Vinci bukannya terus pandai melukis pada hari pertama dia lahir, sudah tentu beratus-ratus lukisan sudah dibuatnya sebelum akhirnya wujudnya legenda Monalisa.

Apa yang penting sekarang ini, kita perlu cuba apa sahaja peluang yang ada. Siapa tahu mungkin anda atau saya berbakat dalam melukis, ataupun bermain catur, ataupun menghias rumah, ataupun mendeklamasi puisi, ataupun bertukang rumah, atau mungkin juga sebagai penceramah motivasi. 

Ada sejuta kemungkinan.

Saya tahu, sebab saya sudah ketagih melukis di dalam 'smartphone' menggunakan aplikasi 'Sketch Board' untuk Windows Phone. Adakah saya berbakat, entahlah tetapi saya mula merasakan minat yang kuat untuk terus melukis.

Mungkin bukan sebagai pelukis komik, sebabnya saya kurang unsur-unsur humor dalam diri. :)
Share: