Saturday, June 2, 2012

Main air di Wet World, Shah Alam

Cuti sekolah ada lagi seminggu, minggu yang pertama saya dan keluarga berjalan-jalan ke Cameron Highland. Terlupa pula nak buat entri pasal tu, so lain kalilah ye. Tapi mingggu ni pula saya sekeluarga pun bercadang mahu main air di Wet World Shah Alam. Cuma perlulah diingatkan, umat manusia memang ramai di waktu-waktu cuti begini, dan sudah tentunya parking kereta pun sangat-sangat kritikal. 

Yang paling penting kalau nak pergi tempat-tempat macam ni, kalian kena datang awal-awal pagi. Kalau tidak, beraturlah panjang membeli tiket masuk ditengah terik matahari, macam saya.

sebahagian umat manusia kat taman air ni

Yuran masuk bagi Isnin hingga jumaat tak sama macam yuran masuk hari minggu. Untuk Sabtu dan Ahad RM20 bagi kategori dewasa dan rm16 untuk kanak-kanak. Serius mahal!

Lain cerita pula pasal parking kereta. Saya parking free sahaja sebabnya saya cuma dapat parking kereta di tepi jalan sahaja sama seperti berpuluh-puluh pemandu kenderaan yang lain. Andaikatalah polis trafik datang menyaman kami, maka kami redha sahaja.Yang penting jimat!

Waktu operasi:
1.00 petang -7.00 malam (isnin hingga jumaat)
10.00 pagi - 7.00 malam (sabtu dan ahad)
* hari rabu tutup.
  
depan pintu masuk Wet World, Shah Alam

Oleh kerana ini memang permintaan si anak, saya dan isteri turutkan sahaja. Janji kami bahagia.


Share: