Tuesday, June 5, 2012

Sambung belajar?

Semua orang mahu meneruskan kecemerlangan di dalam kareer masing-masing. Sama juga seperti saya. Rakan-rakan saya yang masih berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia masih tetap utuh dengan kerjaya dan pencapaiannya, manakala rakan sepejabat di tempat kerja sekarang ini pula dah ramai yang menyambung pelajaran secara jarak jauh.

Wah, saya yang mula-mula bercadang nak sambung pelajaran pun masih tersekat-sekat dek kerana keperluan kewangan yang belum stabil. Kalau bukan kerana pilihan saya membeli rumah, mungkin saya tiada halangan nak sambung belajar.


Dah hampir masuk tahun ke-3 ni, masih terngiang-ngiang pula sewaktu terima surat panggilan kerja 2 tahun lepas. Rasa mahu 'upgrade' pulalah. Sampai bila nak duduk di tempat dan jawatan yang sama sahaja kan? rugilah. Diploma dah ada, saya mahu ambil ijazah pula.

Syukur, aku telah berjaya.
Tapi tidak mengapa, yang penting didahulukan. Mungkin selepas selesai proses pembelian rumah di Melaka nanti nanti saya boleh teruskan dengan niat tersebut.


Share: