Monday, July 2, 2012

Demam bola dah habis? Ini cuma pemanasan!

Ya, memang betul. Kalau kalian kata demam bola sudah selesai maknanya kalian cuma peminat bola sepak yang suam-suam kuku sahaja. Kalian mungkin meminati bola sepak kerana kehangatannya pada satu-satu masa sahaja. Mungkin dek kerana kehangatan kejohanan Euro yang lepas membuatkan kalian teruja dan terikut-ikut dengan 'trend' semasa. Kalian menjadi sejuk sejurus kejohanan tamat, bosan!.

Bagi penggemar sejati bolasepak pula pasti sudah mula terkira-kira dengan kehangatan Liga Perdana English pula. Bagi yang tak tahu, Musim 2012/13 liga perdana ini akan bermula pada 18 Ogos 2012 (Sabtu). Sekadar membaca jadual perlawanan sahaja pun darah aku sudah membuak-buak penuh keterujaan.


Jadual penuh semusim seperti yang ada di bawah.


Untuk jadual perlawanan pertama pula adalah seperti dibawah.


Bagi pasukan pendatang baru seperti Southampton, Reading dan West Ham pasti akan memberikan suasana menarik kepada permainan kerana mereka juga pernah berada di kelompok perdana ini sebelum tumbang ke liga bawahan.

Aku dah tak sabar nak menonton bola di kedai mamak lagi bersama-sama dengan penyokong bola yang aku sendiri tak kenal yang lain.

Go Gunners.
Share: