Monday, July 30, 2012

Jiran yang tak prihatin

Salam 10 Ramadhan.

Hari ini aku sempat menghadiri satu mesyuarat di IPD daerah Raub berkaitan dengan agensi keselamatan di kawasan jajahan Raub. Ini memang merupakan rutin mesyuarat yang aku akan hadiri bagi mewakili pihak jabatan.
Bandar Raub yang jem sebab jalan sempit
Berita yang paling mengejutkan aku ialah apabila menerima maklumat bahawa terdapat kegiatan pecah rumah di kawasan Raub ini yang berlaku pada siang-siang hari. Kejadian berlaku terutamanya apabila tiada orang di rumah sebab kesemua penghuni pergi bekerja.

Sayangnya, selepas siasatan dibuat didapati kejadian ini berlaku kerana jiran sebelah rumah langsung tidak ambil kisah tentang apa yang berlaku pada jiran mereka. Pencuri pun boleh masuk ke rumah tanpa risau akan gangguan jiran-jiran yang lain. Hidup dalam satu kawasan perumahan, tapi macam tak berjiran.


Kejadian ini boleh dihindari sekiranya kita yang hidup berjiran ini bersama-sama ambil tahu hal-hal yang berlaku disekeliling. Jadilah jiran yang prihatin. Kalau rasa-rasa ada orang yang tidak kita kenal berlegar-legar di kawasan perumahan maka kita boleh telefon polis untuk dapatkan bantuan.

Budaya hidup berjiran tetapi tak kenal siapa mereka dah makin merebak luas di Malaysia ni. Jangan harapkan polis sahaja untuk jaga keamanan. Mereka pun adakalanya tidak dapat menjaga kesemua kawasan sepanjang waktu. Tugas kita sepatutnya yang membantu mereka dengan turut menjaga kawasan perumahan kita sendiri. 

Kalau malas sekalipun, janganlah sampai orang bawa lori angkut barang rumah jiran pun kita tak ambil tahu. Melampau namanya tu.
Share: