Tuesday, July 24, 2012

Jurnal Kosong akhirnya berdomain sendiri

Salam Ramadhan semua. Hari ini hari ke-3 Ramadhan. 

Entri kali ini agak istimewa sebabnya ini adalah entri yang pertama selepas blog ini berdomain sendiri. Walaupun pada asalnya aku tak berniat langsung nak memakai apa-apa domain pun, tetapi aku rasa macam ada satu pujukan yang mendorong aku untuk menggunakan domain sendiri ini. Dorongan ini datang selepas aku ter'klik' Serverfreak punya laman web. Terpengaruh juga aku. Lagipun dengan modal RM40 aku rasa dah memadai untuk aku berjinak-jinak mengkaji domain sendiri.


Entri lepas tu aku gunakan sebagai panduan dan tempat aku dapatkan khidmat nasihat pasal domain ni. Memang banyak komen yang mendorong aku guna domain sendiri. Terima kasihlah semua, especially mereka-mereka yang komen positif tu. 3 tahun aku guna domain blogspot dan dalam tempoh itu aku sudah cukup gembira sebenarnya kerana aku dapat belajar hal-hal blogging ini. Daripada isu-isu entri copy-paste sampailah hal-hal SEO dalam laman web. Aku taklah mahir mana pun, tapi aku rasa aku dah faham apa yang SEO mahu.


Domain yang aku guna ini dibeli daripada Serverfreak, tapi aku masih guna hosting daripada pihak Blogger. Aku nak fahami hosting dahulu dan mungkin aku akan beli hosting pula di kemudian hari. Nak beli satu pun bukannya murah rasanya kan? Ini berjimat namanya.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Berblogging!!
Share: