Sunday, July 15, 2012

Kulit dah semakin gelap kerana bersukan

Sukacita dimaklumkan kepada kalian, selepas seminggu terlibat dalam latihan bola tampar untuk sesi pemilihan pemain aku dapati kulit kedua-dua lengan dah semakin gelap dan berkilat. Malu pulak nak 'post' gambar kat sini. Baru terperasan yang selama ini aku berlatih waktu petang-petang tu adalah dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik. Patutlah gelap kulit aku ni. Tempat latihan pulak di kawasan terbuka, nasiblah.
'sommersault berpusing!!!'

Latihan bola tampar ini hanyalah sebagai persiapan untuk sesi pemilihan pemain jabatan sahaja. Bukanlah hebat mana pun, bunyinya macam gah sangat. Tapi aku tak kisah itu semua memang aku suka main bola tampar. Nak suruh main dari pagi sampai petang pun aku sanggup.


Suka main tak bererti aku mahir bermain. Aku tak mahir langsung untuk hentam bola atas jaring, sebabnya lompatan aku tak cukup tinggi. Lompat tak tinggi sebab kaki tak cukup latihan untuk lonjak kuat-kuat. Tapi aku berupaya kalau nak 'setting' atau 'feed' bola untuk di'spike' oleh para pemain yang lain. Kira bolehlah juga tu kan. Ini bukannya macam cerita 'Moero Attack' tu. Itupun kalau kalian ingatlah apa cerita itu.


Pemilihan pemain akan dibuat pada minggu depan, dan Sabtu minggu depan pula mungkin kita semua dah mula berpuasa di bulan Ramadhan. Ini juga bermakna sepanjang Ramadhan nanti mungkin kurang aktiviti bersukan, bukan sebab aku tak berminat tapi sebab mereka semua yang mengosongkan padang nanti. Penat berpuasa barangkali. Aku cuma boleh berjogging sahajalah nampaknya.

Aku tak letak harapan sangat untuk terpilih, sekadar melengkapkan wakil daripada jabatan aku ni pun sudah cukup memadai.
Share: