Tuesday, July 3, 2012

'Membuat Panggilan' bukan lagi tujuan utama telefon pintar

Merujuk kepada laporan yang dibuat oleh pihak 'O2's - All About You', pemilik telefon pintar ataupun 'smartphone' kebiasaanya akan menghabiskan masa 2 jam dalam sehari menggunakan telefon mereka itu. Laporan yang mereka buat itu adalah berdasarkan kajian berkaitan bagaimana pengguna menggunakan telefon pintar mereka. Sayangnya dalam kajian itu mereka mendapati 'membuat panggilan' bukan lagi tujuan utama penggunaan 'smartphone' ini. Aku tahu sebab aku pun sama macam orang dalam laporan tu.

sumber O2 News Centre
Secara puratanya pengguna 'smartphone' macam aku ini akan menggunakan 25 minit sehari untuk melayari internet, 17 minit sehari untuk bersosial di laman web, 16 minit sehari untuk mendengar muzik, 13 minit sehari untuk bermain permainan dan hanya 12 minit sehari untuk membuat panggilan.

Telefon pintar sekarang ini dah jadi semakin pintar. Ia menjadi terlalu pintar sehingga kita tidak lagi menggunakan jam penggera untuk bangun pagi, tidak lagi perlu buku untuk dijadikan bahan bacaan, tidak lagi perlu konsol permainan untuk bermain permainan video, tidak lagi perlu kamera berasingan untuk ambil gambar, tidak lagi perlukan komputer untuk mendapat akses internet. Semua perkara tersebut sudah boleh dibuat dengan sebuah 'smartphone'. 

Tujuan utama 'smartphone' ini bukan lagi untuk buat panggilan! Gila bukan?

Tapi aku sangat setuju dengan laporan di atas. Nampak seperti serupa dengan apa yang aku buat tiap-tiap hari dengan telefon pintar Nokia Lumia 610 milik aku itu.
Share: