Wednesday, July 18, 2012

Patutkah aku ada domain sendiri?

Rupa-rupanya dah masuk 3 tahun lebih aku menggunakan domain blogspot ni. Rasanya tahap kemahiran aku menggunakan blogspot ni sudah mencukupi untuk aku terus kekal dalam arena blogging ni. Pernah juga aku terfikir pasal hal domain-domain ni. Tapi aku sekadar ambil 'port' sahaja, dan tidak ada niat langsung nak guna domain sendiri. Yang aku tahu, kalau ada domain sendiri maka kita tak perlu ada tambahan 'blogspot' pada URL blog kan?





Aku masih guna domain blogspot. Sebab pada aku selagi niat berblogging aku tercapai dan aku rasa seronok melakukannya itu sudah cukup bagiku. Sayangnya, aku masih ada rasa macam sedikit kekurangan tatkala aku membuat sesi 'blogwalking' ke blog-blog yang lain.

Mungkin kerana melihatkan blog mereka yang menggunakan domain sendiri ada sedikit wujud perasaan 'jelous' ini. Untuk itu aku pun cuba selidik kelebihan dan kekurangan memiliki domain sendiri ini. Secara jujurnya aku hanya nampak kebaikan yang ketara sahaja, manakala keburukannya adalah terlalu sedikit dan remeh-temeh serta melibatkan kos. 

Aku bukannya kedekut, tetapi berasa sedikit berkira untuk membazirkan wang atas sesuatu yang aku sendiri rasa TAK PERLU.

Akhirnya aku dapat maklumat pasal domain ini daripada laman web Serverfreak yang menerangkan maklumat dengan lebih mudah dan senang untuk difahami. Sungguhpun begitu aku masih ada soalan yang perlu dirungkaikan pasal domain ini. Mungkin nanti aku akan rujuk staf di Serverfreak ni.

Kalau tak jadi aral, mungkin (perlu ke) aku nak guna domain sendiri selepas bulan Ramadhan nanti. Tunggu.
Share: