Wednesday, July 25, 2012

Sambut Ramadhan dulu, baru Syawal

Salam Ramadhan semua.

Semenjak masuk bulan Ramadhan ni, aku dapati dah banyak iklan yang mempromosikan jualan bersempena Syawal nanti. Minggu pertama puasa pun tak habis lagi dah kedengaran lagu raya di pasaraya-pasaraya termasuklah juga kat pejabat aku ni.


Kenapa tak ramai yang buat sambutan sambut bulan Ramadhan? Bukankah bulan ini bulan yang penuh keberkatan. Lupakah kita yang pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya?

Aku mula terperasan bila ditegur oleh cik isteri yang bagitahu bahawa kita patut sambut Ramadhan seperti mana kita sambut tetamu kat rumah kita. Kita layan tetamu yang datang dahulu, dan bukannya tetamu yang belum datang lagi!

Atas nasihat itu, maka kami pun ambil keputusan untuk sambut Ramadhan seperti mana kami akan sambut raya nanti. Cik isteri pun kemas rumah dan basuh langsir, aku dan anak pula pakai baju cantik-cantik sebagai tanda gembira kedatangan Ramadhan.

Kemudiannya pula aku sekeluarga balik ke kampung untuk sambut puasa di rumah mak-bapak aku di Jengka. Aku gembira tengok wajah diorang yang gembira sebab ramai juga menantu dia yang sambut puasa bersama. Seronok rupanya bila kita buat persiapan sambut Ramadhan ni sama macam kita sambut Syawal.

Walaupun begitu, aku masih tidak lupa untuk bersiap sambut Syawal. Walaupun awal, kena bersiap juga sebab nanti baju raya di pasaraya habis!

Akhir kata, selamat beribadat di bulan Ramadhan ini.

-yang menarik:
Share: