Monday, August 13, 2012

Belanja > Pendapatan = Bebal

Salam 24 Ramadhan.

Kali ini aku nak berkongsi berkaitan dengan trend budak-budak muda yang semakin kemaruk nak pakai gajet-gajet canggih dan up-to-date tapi gaji ciput. 

Kalau sebut nama produk Samsung, ramai la yang terbayangkan telefon Samsung S2, Tablet, Galaxy Note dan macam-macam keluarga Galaxy lagi yang bersepah-sepah kat pasaran sekarang. Mungkin dalam kotak pemikiran mereka ni kalau sesiapa yang guna gajet ni memanglah akan nampak macam sangat-sangat cool dan sangat-sangat 'geek'. 

Tapi kalau sekadar guna untuk hantar sms, buat call dan ambil gambar, telefon Sony Ericsson aku yang dah usang tu pun boleh buat semua benda tu.


Benda-benda ini bukanlah murah harganya. Mahal tu!

Mungkin tak semua orang macam tu, tapi apa yang perhatikan depan mata aku sendiri ni memang itulah hakikatnya. Penggunaan telefon pintar cuma sekadar itu sahaja. Bila nak surf internet tetap cari komputer juga. So, apa guna RAM sampai 2Gb, Camera hadapan 2MP, dan wireless connection yang ada kat gajet tu. Perhiasan?

Apa yang paling tak faham adalah mereka ini sanggup berhabis sampai ribuan ringgit semata-mata nak menunjuk gajet canggih pada member-member sekerja. Sanggup buat pinjaman 'overlapping' kat Bank Simpanan Nasional tanpa fikir panjang. Usung tablet Galaxy Tab tu ke sana-sini sekadar untuk main game sahaja.



Bila hujung bulan, mulalah masing-masing tenung slip gaji lama-lama sebab dok fikir macam mana nak survive sampai hujung bulan. Kalau gaji tu lingkungan bawah RM1K, aku nasihatkan simpan sahajalah daripada kalian beriya-iya nak ikut trend gajet-gajet ni. 

Semata-mata bergantung daripada gaji pekerjaan sahaja memanglah tak cukup. Apatah lagi kalau kerja dengan kerajaan. Harap bonuslah kalau nak rasa lebih sikit duit belanja. 

Itu belum dikirakan kalau mereka ni sudah berkeluarga. Maunya tak dapat susu lah anak mereka ni.

Sebab itu jugalah aku rasa ramai antara kakitangan kerajaan ni yang terlibat dengan peminjam wang berlesen @ along. Sebab duit gaji tak pernahnya cukup, dek kerana belanja ikut nafsu bukan ikut otak.

Serius bebal.
Share: