Wednesday, November 14, 2012

Bengang dek kerana MUET

Aku sepatutnya hadir untuk ambil exam MUET pada bulan Oktober yang lepas. Tapi sayangnya waktu tu aku sedang mengikuti kursus kepolisan di Segamat, Johor. Maka secara automatik aku terpaksa lepaskan exam itu walaupun pada dasarnya aku dah pun bayar RM100 untuk No. Pin MEC untuk pendaftaran peperiksaan MUET secara online.



Redha, itu sahaja yang aku mampu buat dan mungkin memang bukan rezeki aku untuk ambil exam MUET buat masa ini. Dan yang lebih ironik, kawan seofis aku yang turut daftar untuk exam MUET itu turut tak dapat ambil exam dek kerana tersasul tak ingat tarikh hari peperiksaan. Nasib kita memang malang.

Jadi aku dan kawan aku bercadang nak daftar lagi untuk exam MUET pada tahun hadapan.

TAPI, selepas terbaca entri dari blog ciktom, barulah aku terperasan bahawa tarikh tutup pendaftaran bagi sesi Mac 2013 adalah pada 16 Nov 2012

Tarikh hari ini adalah 14 Nov 2012! Aduhai...

Esok 15 Nov adalah cuti umum Awal Muharam dan aku cuma berpeluang untuk daftar exam adalah pada hari Jumaat nanti. Sempat ke? Nak kena beli No Pin MEC dahulu barulah boleh daftar online!

Tak sempatlah nampaknya. Tapi tak mengapalah mungkin memang BELUM rezeki aku lagi untuk ambil exam MUET ini. Tunggu bulan Julai 2013 sahajalah nampaknya.
Share: