Wednesday, November 21, 2012

Berkhatan beramai-beramai di Kg Kundang

10 Nov yang lepas adalah hari yang sangat bersejarah buat anak lelakiku. Nampaknya dia sudah bersedia untuk dikhatankan, atau dalam bahasa kampungnya 'disunatkan'. Kebetulan pula memang ada program berkhatan beramai-ramai dijalankan di kampung neneknya di Kg Kundang, Banting. Program ini pula dijalankan hanya 2 tahun sekali. 


Walaupun baru berusia 7 tahun, dia sudah berani dan tidak teragak-agak untuk merelakan dirinya dikhatankan, tidak ada paksaan pun dari kami mak-bapaknya.

Giliran bersunat no 4.

Ramai juga budak-budak di kampung ni yang turut sama bersunat. Malah ada juga antara mereka baru berusia 6 tahun. Respek betul aku.

Dan salah satu aktiviti penting dalam program ini adalah aktiviti 'main air' khas untuk peserta-peserta yang nak bersunat sahaja. Bukanlah berendam di dalam sungai ataupun parit macam orang dulu-dulu, tapi diorang  ni panggil bomba untuk menyiramkan budak-budak ni semua.


Dalam rasa-rasa seram bebudak ni, bila dah dapat main air bomba ni memang lupa terus pasal sunat-sunat ni. Memang seronok la mak-bapak yang nengoknya sebab anak-anak diorang ni melompat terkinja-kinja main air, macamlah kat rumah diorang tu takde air lak. Termasuklah anak lelaki aku ni.


Selesai berkhatan, maka berehatlah seminggu untuk proses kepulihan. Sekarang ni dia dah hampir sihat sepenuhnya dan dah boleh pergi mandi di Taman Tema Air di I-City Shah Alam tu. Tapi kena tunggu betul-betul baik la kan baru boleh pergi mandi puas-puas.


Sedar tak sedar dah semakin membesar anak lelaki aku yang seorang ni.
Share: