Friday, November 9, 2012

Borang Sumbangan RM1000 Veteran ATM Tidak Berpencen

Salam semua. 

Aku adalah merupakan salah seorang manusia yang sangat gembira dengan pembentangan Bajet 2013 oleh PM Najib pada bulan yang lalu. Bukan sahaja aku salah seorang yang dapat bonus tahunan sebanyak sebulan setengah, malah aku juga salah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk terima sumbangan RM100 bagi veteran ATM yang tidak berpencen.


Dan untuk aku dapat sumbangan itu, aku perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan bekas tentera ini. Kalau tak daftar, maka lupakanlah sumbangan RM1000 itu. Tarikh tutup pula adalah sebelum 31 Dis 2012. Aku ada tempoh lagi sebulan untuk selesaikan hal pendaftaran ini.

Bagi yang nak mendapatkan borang pendaftaran sumbangan ini, kalian boleh singgah di laman web Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan dan terutamanya kepada PM Najib kita di atas keprihatinan ini. 

Terima kasih Dato' Sri!
Share: