Tuesday, November 6, 2012

Smart Camera Samsung NX1000

Hari ini aku telah berjaya memiliki sebuah kamera daripada jenama Samsung iaitu model NX1000. Walaupun pada asalnya aku berhajat untuk beli kamera DSLR sahaja, tetapi entah kenapa akhirnya aku terpengaruh untuk membeli si kompak NX1000 ni. 



Sedangkan harga kamera Samsung NX100 ni lebih kurang sama sahaja dengan beberapa buah DSLR yang ada di kedai Seng Heng ni. Mungkin kerana ia sebenarnya sebuah kamera kompak 20.3 megapixel yang ada 'adjustable lens' yang buat aku sangat tertarik kepadanya. Ala-ala DSLR la juga!

Ini merupakan kamera digital aku yang ketiga dan harap-harap dapat bertahan lebih lama daripada 2 kamera aku yang terdahulu. Kali ini mungkin aku akan lebih kerap menggunakannya dek kerana keupayaannya mempunyai sistem sambungan 'wi-fi'. Aku dah pun test sistem 'wi-fi' ni dan memang sangat menggagumkan kerana ia membenarkan aku post gambar ke Facebook, Flickr, dan malah ke Youtube pun boleh.

Tambahan pula, pada hujung minggu ini si Aliff pula akan berkhatan di kampung beramai-ramai. So bolehlah dia jadi bahan eksperimen fotografi aku ni ye.


Share: