Sunday, November 4, 2012

Kembali Berblogging

Nampaknya 3 bulan berlalu tanpa sebarang entri yang terbaharu. Last entri yang aku buat adalah pada bulan Ogos yang lepas, itupun sebelum raya puasa. Tapi aku tak update blog bersebab, bukan suka-suka.

Sebenarnya pihak tempat kerja hantar aku pergi kursus selama 2 bulan di Pulapol Segamat di Johor. Kursus yang aku ikut ni adalah kursus asas Polis Bantuan. Maka dalam tempoh 2 bulan latihan tu memang lupakan sekejap la semua aktiviti rutin yang selalu aku buat tu, termasuklah berblogging. Lagipun, telefon dan komputer adalah barang larangan, jadi memang tiada harapan langsunglah nak ber'online'.



Banyak juga isu-isu dunia yang aku tak dapat secara terperinci dek kerana rutin yang padat, nak baca suratkhabar pun belum tentu sempat. Antara isu-isu penting yang aku terlepas adalah seperti pelancaran iPhone 5, perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan, pelumba Zulfahmi akhirnya naik podium di MotoGp dan banyak lagilah yang berlaku dalam tempoh 2 bulan tu.

Sekarang ni kursus pun dah selesai, muka pun dah hitam sebab berjemur kerap sangat. Aku kena 'touch-up' balik otak aku ni dengan isu-isu dan juga benda-benda yang banyak ketinggalan, dan dengan ini bolehlah aku start semula berblogging ini. 

Harap-harap mood blogging ni berterusan.
Share: