Tuesday, December 18, 2012

Senarai Litar dan Pelumba MotoGP 2013

Entri yang lepas berkisar pasal pelumba nombor 63 iaitu Zulfahmi yang bersaing dalam Moto GP kategori Moto3, dan harap-harap nasib baiknya tahun ini terus menerus sampai tahun depan.

Kali ini, kalendar rasmi perlumbaan MotoGP untuk tahun 2013 sudah pun dikeluarkan oleh pihak pengelola kejohanan iaitu FIM.

Untuk tahun 2013, jumlah litar yang akan digunakan adalah sebanyak 18 litar dan ianya masih sama seperti yang dijalankan pada tahun ini. 

Pelumba MotoGP tempatan bolehlah menabung mulai sekarang jika nak tengok MotoGP di Sepang nanti, sebabnya jadual perlumbaan adalah pada 13 Oktober 2013. Banyak masa lagi, jadi simpan duit mulai sekarang.


Senarai 23 orang pelumba untuk MotoGP 2013 juga telah dikeluarkan dan nampaknya ketiadaan pelumba handalan Casey Stoner yang telah bersara tahun ini akan memberikan pasukan yang lain sedikit kelebihan.


Bagi pelumba negara Zulfahmi pula, dia masih akan berlumba dalam kategori yang sama iaitu Moto3 (125cc) dan senarai penuh pelumba bagi kategori itupun dah dikeluarkan. Bolehlah singgah sini kalau nak tengok.


update: 

Keputusan perlumbaan pusingan pertama di Qatar boleh dibaca di entri terkini - Keputusan perlumbaan MotoGP Qatar 2013.
Share: