Thursday, December 6, 2012

Sokonglah anak tempatan di Sirkit Motogp

Dalam tahun ni aku dapati nama Zulfahmi Khairuddin ni naik memuncak dek kerana kemenangannya di tempat kedua dalam kategori Moto3 semasa Grand Prix Motogp di Malaysia yang lepas. Sebelum tu takde siapa pun sibuk nak cerita pasal dia ni.



Aku bangga kerana dia ni rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. Umurnya pun baru 21 tahun. Berapa ramai sangatlah anak tempatan yang boleh berjaya di dalam sukan permotoran peringkat antarabangsa macam dia ni. Yang merempit tu lain cerita, cerita mat rempit tak layak masuk blog aku ni.

Dapat tempat ke-3 di Sirkit Valencia

Dalam sejuta pun mungkin baru ada satu.
Zulfahmi ni hanya satu-satunya pelumba yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-AJO. Pasukan-pasukan yang lain adalah juga 2-3 orang pelumba.


Kerana namanya menaik itulah mendorong aku untuk selidik profil Zulfahmi ni. Memang menarik sebabnya aku dapat rasa prestasi budak ni makin naik dari tahun ke tahun. Tak percaya? tengok statistik kat bawah ni.


Prestasinya memuncak pada 3 sirkit terakhir, iaitu dengan kedudukan podiumnya tempat ke-2 semasa sirkit di Malaysia dan juga podium ke-3 semasa di sirkit Valencia, Sepanyol semasa sirkit terakhir kejohanan.

Aku percaya tahun 2013 akan datang ni bakal membawa tuah dan cerita yang lebih gembira buat Zulfahmi ni. Nanti aku senarai nama penuh pelumba bagi kategori Moto3 untuk tahun 2013. Tunggu.

Share: