Sunday, December 2, 2012

Waktu untuk naikkan prestasi kerja

Memang sudah jadi adat di Malaysia ini, kebanyakan kakitangan kerajaan akan mula menjadi sibuk apabila masuk waktu hujung-hujung tahun macam sekarang ni. Bukannya mereka ni tak sibuk sebelum ni, cuma mungkin sebelum ni kesibukan mereka bekerja tidak dipandang orang. Sebab apa?

Tapi kali ini aku yakin mereka semua pasti mahu kesibukan mereka ini dipandang orang termasuklah aku  sendiri kerana pada kefahaman diorang ni 'sibuk = rajin' dan 'rajin = prestasi bagus'.


Untuk apa benda-benda ni semua? sebabnya pada waktu sekarang ini adalah waktu penilaian prestasi oleh majikan diorang, dan waktu inilah baru diorang nak siapkan sasaran kerja tahunan yang patutnya diorang siapkan sebelum hujung tahun. Kalau gagal siap, markah untuk penilaian prestasi tu nampaknya merudum la. Hahaha!

Aku tahu sebab anak buah aku semuanya macam tu, dan aku pun macam tu jugak!. Kalau ada rezeki  nanti bolehlah kot tercalon untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk jabatan aku ni. 

Jujur aku bagitahu, aku tak harap sangat pun anugerah camtu. Sebabnya, nak maintain prestasi selepas dapat APC tu lagi susah la, nanti diperli-perli orang pulak kalau ada kerja yang kita buat tu tak sempurna. 
Share: